Cinta

Posted on 12th February 2011 by Mohd Khairudin in Renungan - Tags: , ,

Malam minggu ni saya ingin merenung dan memberikan pandangan erti “Cinta”. Ada sesiapa yang sedang bercinta? Jom kita sama-sama menyelami hakikat cinta;

Cinta ada di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Cinta yang hadir mungkin seketika namun bisa menyentuh perasaan.

Cinta mampu memberi perubahan diri walaupun sementara.

Cinta mungkin luput dalam suatu dimensi namun akan tersimpan rapi pada suatu sudut.

Peristiwa yang berlaku berupaya mengembalikan semula rasa cinta.

Cinta adalah anugerah tatkala jantung berdegup kencang, lidah kelu membeku seolah-olah hati dicuri dan bukan lagi bersendiri.

Cinta itu buta dan memerlukan Falsafah Cinta.  Mengharap cinta perlu memberi cinta.

Cinta kepada Yang Maha Esa adalah yang sebenar-benarnya Cinta.

p/s: Umat Islam sila elakkan diri daripada menyambut Valentine.  Tolonglah! Valentine boleh menyumbang kepada perkara maksiat dan seterusnya mungkin akan meningkatkan statistik pembuangan bayi(Jangan lupa statistik semenjak 2005 sudah lebih 500 kes)..Tak sanggup saya lihat gambar-gambar bayi yang tak berdosa dalam keadaan sedemikian

  

2 Comments »

  1. bro, nk tukar link..

    nama blog: Blackrose

    url:http://www.blackrosehunter.com

    Comment by blackrose — February 13, 2011 @ 3:53 pm

  2. @blackrose, ok, line clear. Semoga success berblogging. Terima kasih 😉

    Comment by Mohd Khairudin — February 13, 2011 @ 10:51 pm

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator