Ciri-ciri Keunggulan Muslim

Posted on 15th February 2011 by Mohd Khairudin in Renungan,Rujukan - Tags: , ,

Sempena menyambut Maulidul Rasul pada tahun 1432H ni marilah kita sama-sama merenung ciri-ciri keunggulan Muslim;

1. Keimanan Yang Utuh

Allah swt berfirman:

“Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.” (Surah al-Asr: 1-3)

Keimanan kepada Allah swt adalah paksi pembinaan negara dan ummah.  Dengan keimanan itu akan lahirlah individu yang unggul dan masyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin dan beramanah demi kebaikan dunia dan akhirat.

2. Pelaksanaan Amal Ibadat

Allah swt berfirman:

“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat.” (Surah az-Zariat: 56)

Keimanan tanpa ketaatan melalui amal ibadat adalah sia-sia.  Seseorang yang berperibadi unggul akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dan kehidupan sehariannya.  Bahkan jika dikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri ialah supaya beribadat kepada-Nya.

3. Akhlak Mulia

Baginda Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”  (Riwayat Ahmad)

Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan yang kental.  Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu dengan masyarakat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh anggota masyarakat tersebut.

Beberapa nilai-nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi melahirkan individu unggul ialah:

a) Amanah

b) Ikhlas

c) Tekun

d) Berdisiplin

e) Bersyukur

f) Sabar

g) Adil

Selamat Menyambut Maulidul Rasul bagi semua Muslimin dan Muslimat.

  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator