SPAM Terbaru Menggugat Prestasi

Hari ni saya ingin berkongsi SPAM yang boleh dikatakan canggih.  Jika kita lihat situasi atau gambaran spam-spam yang ada sebelum ni tidak menggugat aktiviti seharian kita.  Dengan kata lain, jika kita tidak buat sebarang spam maka tiada apa yang perlu ada dalam fikiran tentang spam.  Jika ada mereka yang tidak bertanggungjawab menghantar email spam, itu sudah menjadi asam garam dalam kehidupan dalam era ICT masa kini.  Tekan saja “Delete button” betul tak?  Cuma…apa yang menghairankan tiba-tiba sahabat kita bertanya ” sejak bila pula awak jadi pengedar Viagra, Cialis …?).  Saya ada terima email daripada awak semalam.

Mungkin perkara seperti ini sudah lama berlaku, mesti “somebody” boleh hack password email free kita.  Adakah password email kita juga boleh diurusniaga jual beli?? Seperti yang biasa kita lihat terdapat beribu-ribu alamat email untuk dijual..hoho! Bisnes..Bisnes..senang korang buat bisnes.  Itulah saya kata SPAM Terbaru Menggugat Prestasi, lebih-lebih lagi “content” berunsur “personal”.  Apa yang saya tahu dan terima feedback daripada ramai pengguna email yahoo.  Silap-silap benda-benda macam ni boleh menyentuh sesitiviti sesetengah pihak..apa tidaknya?  Maybe orang fikir buang tabiat ke apa ni? Tak ada kerja lain ke? Ingat aku ni lemah ke? Tak puas ke minah ni? …banyak persepsi akibat spam bertujuan memasarkan produk(lebih-lebih lagi produk yang bertujuan untuk memenuhi tuntutan batin).

Dunia sekarang, ntah lah makin lama dah tak nampak privacy atau sulit, dah makin open.  Tidak dinafikan tentang benda-benda ghairah memang hot, cepat, mudah laku, tip top dan memang bagus jika niat kita ikhlas membantu mereka yang memerlukan tapi biarlah melalui saluran yang betul.  Ini lah jika manusia hanya nampak wang ringgit.  Affiliate mempromosikan atau memasarkan produk masing-masing dengan apa cara sekalipun khususnya email spam.  Ambil address email orang lain, kemudian address tersebut digunakan untuk mempromosikan link affiliate bagi produk “top” mereka.  Secara tidak langsung mangsa spam-spam tersebut pastinya memandang serong kepada pemilik address email…perangkap daripada mereka yang tidak bertanggungjawab..perangkap daripada penjenayah ICT.  Mungkin ini juga merupakan kaedah affiliate untuk “menyelam sambil minum air”.  Mempergunakan address si A untuk menarik minat rakan-rakan si A(iaitu B, C, D dsb.)

Keadaan akan menjadi buruk jika si penerima email spam(mangsa spam) membuat keputusan terburu-buru tanpa mengkaji siapakah sebenarnya yang menghantar email tersebut. So apa yang penting di sini jika kita dapati sesuatu maklumat yang berlainan daripada sebelumnya maka lebih baik kita tidak mudah tergugat tetapi cuba selidik dengan betul. (cth: Tanya orang yang hantar email tu, maybe bukan dia yang bertanggungjawab). Bak kata orang, Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama..boleh ke ni? Boleh la kot.

Contoh email Spam tu ha:

p/s: bukannya apa “concern” dengan kawan-kawan yang terkena…kesian, silap-silap mental down

  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator