Adik & Abang Main Elok-elok

Posted on 8th June 2011 by Mohd Khairudin in Belajar,Keluarga,Pendidikan,Renungan - Tags: , ,

Bila kita sebut tentang “Sambung Belajar”, pelbagai perkara yang mesti dipertimbangkan bergantung kepada keadaan masing-masing.  Keperluan dan kehendak turut dititikberatkan dalam menguruskan diri bagi mencapai matlamat untuk membangunkan diri sendiri.  Halangan dan cabaran pastinya satu demi satu akan tiba selagi urusan hidup berjalan seperti biasa.  Strategi pembelajaran sudah pastinya berbeza antara individu dengan mereka yang telah berkeluarga sendiri.  Faktor kekangan yang mungkin menjadi halangan utama ialah masa dan kewangan.

Walaupun begitu, hal-hal lain mungkin ada seperti faktor kesihatan, kesedaran, sikap, motivasi…turut menjadi belenggu dalam kemajuan diri.  Bagi mereka yang “fresh” akan berbeza kebolehan jika dibandingkan dengan yang telah bekerja dalam menerima pelajaran..khususnya dalam bidang yang berlainan.  Selain itu, mereka yang telah berkeluarga mungkin dilema antara tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak manakala yang bujang pula mungkin risau(serabut) dengan pemilihan pasangan..atau mak dan ayah di kampung.

Walau apa sekalipun yang berlaku, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..samada baik atau buruk.  Mungkin sebelum ini kita ada membuat silap dan selagi nyawa dikandung badan peluang sentiasa ada untuk kita perbetulkan apa yang tersilap.  Tidak dinafikan perbezaan yang dilalui(dirasa) apabila sambung belajar di antara sepenuh masa dengan separuh masa.  Oleh sebab itu, persediaan dari segi fizikal dan mental perlu cukup serta mengikut kemampuan masing-masing dalam urusan “sambung belajar”.  Segalanya untuk masa depan yang lebih terjamin..maybe about level, probably for the salary or authority..financial..priority or what else..it’s up to you..you will deside for your future.

Well..itulah sedikit pandangan atau kata-kata luahan sekadar tatapan bagi yang berkaitan kerana saya percaya pastinya ramai di luar sana yang mana mempunyai perancangan untuk sambung belajar atau sedang sambung belajar.  Kadang-kadang pada suatu sudut..apa yang kita buat rasanya sudah betul tapi bila sampai ketikanya lain pula jadinya..senang cerita lain yang dirancang, lain jadinya…Pro dan Kontra, positif dan negatif tidak lari daripada perjalanan hidup kita..semoga kita sentiasa sabar dan tabah..

“Adik & Abang Main Elok-elok”.. itulah ungkapan ku agar anak-anak “menumpukan perhatian” mereka dengan kerja mereka bukan membantuku membuat kerjaku dalam usia mereka yang masih kecil.  “Tak mau abah!”..”Pi jauh!”..mungkin sebab “dekat tapi jauh”..Mungkin abah ada lebih masa jika kamu juga belajar..Belajar Menulis..Belajar Bawa Kereta.

Belajar

p/s: idea ni tak berapa praktikal juga sebab bunyi enjin yang bising.. buat assign. Boleh la.

  

3,912 Comments »

  1. People generally have this notion that loosing weight through just diet pill will be easy, but that’s not so. Diet pill works well if a person consumes low-fat diet and has a habit of working out regularly. Simply popping diet pill and waiting for miracle to happen within weeks or months will only give you pain. Loosing weight is slow process that requires time and commitment, but then you really feel proud about yourself when you see yourself in the mirror and say, “Is this me.”

    Comment by phentermine — June 28, 2011 @ 2:29 pm

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator