Perlawanan Akhir Piala FA Edisi Ke-22

Posted on 12th June 2011 by Mohd Khairudin in Sukan - Tags:

Sejak dari dulu lagi saya jadi risau kalau team yang kita sokong dapat jaringan awal..Nampaknya hasrat Kelantan untuk membawa pulang Piala FA sekali lagi tak kesampaian. Hanya tinggal beberapa minit atau seminit..dua saja lagi untuk Kelantan dinobatkan sebagai Juara Piala FA tahun 2011. Namun harapan berkecai selepas berjaya disamakan pada minit-minit terakhir oleh pemain Terengganu dan kemudiannya mengheret ke masa tambahan. Pada masa tambahan terengganu berjaya mengatasi Kelantan dengan menambah satu jaringan..Jadi keputusan Perlawanan Akhir Piala FA 2011 Terengganu 2 Kelantan 1.

Walau apa pun tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana berjaya ke Peringkat Akhir. Menang..Kalah itu adat perlawanan, yang penting main bagus..semangat kesukanan yang tinggi. Gol sendiri yang dijaringkan oleh Daudsu sememangnya di luar kawalan dia dalam keadaan larian sebegitu..Saya juga pernah masa dulu buat gol sendiri..Yakin boleh “clear” bola dari kawasan pintu gol tapi bola tetap menerjah jaring..Lepas tu terus tukar posisi main kat atas. Majulah sukan untuk semua..

  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator