Ibu segala pingat dalam Sukan Sea iaitu pingat Emas bagi acara bolasepak akhirnya berada dalam genggaman kontinjen Kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan Malaysia yang berjaya merangkul kejuaraan dalam acara bolasepak selepas berhempas pulas sehingga kepada penentuan sepakan penalti(5-4). Sekaligus Malaysia berjaya memenangi Emas secara berturut-turut dalam acara ini.  Walaupun menaiki kenderaan “Baracuda” dek tekanan dan layanan yang diberikan oleh para penyokong Indonesia..(semangat kesukanan mende diorang nih) namun skuad bimbingan Ong Kim Swee akhirnya berjaya meraih emas yang ke 59 dalam Sukan SEA ke-26. Tahniah di atas kejayaan tersebut. Sekaligus fenomena ini akan menyemarakkan lagi sukan bolasepak Tanahair kita.. ni yang membuat rasa gatal kaki 🙂 keh! keh! keh!

12 visitors online now
2 guests, 10 bots, 0 members
Max visitors today: 16 at 03:13 am UTC
This month: 35 at 07-03-2020 10:57 am UTC
This year: 83 at 03-12-2020 10:38 pm UTC
All time: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC