Calon SPM, STPM Perlu Aktif Kokurikulum

Posted on 6th February 2012 by Mohd Khairudin in Pendidikan,Renungan,Sukan - Tags: ,

Semalam saya ada terbaca berita berkaitan isu ni. Oleh sebab itu semua pihak sepatutnya memberikan kerjasama terutamanya kedua ibu bapa. Sebagai contoh pihak-pihak yang terlibat khususnya para peniaga seharusnya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga bagi sebarang produk dan perkhidmatan yang berkaitan.  Pemantauan seharusnya dilakukan agar sikap/tindakan mengambil kesempatan tidak wujud dalam usaha meningkatkan prestasi generasi-generasi baru.  Kedua ibu bapa seharusnya bertanggungjawab dalam menyediakan keperluan bagi anak-anak mereka agar mereka boleh turut serta aktif dalam ko-kurikulum.  Sebagai contoh lagi,

Pemilihan wakil sekolah dalam sukan bolasepak sekolah diadakan, bagaimana calon SPM, STPM ingin aktif dalam kokurikulum jika kasut bola pun tak ada?.  Mak bapak orang susah..di kampung biasa main bola berkaki ayam..erk!

Pengakap sekolah mesti memiliki kelengkapan uniformnya yang tersendiri, bagaimana calon SPM, STPM ingin aktif dalam kokurikulum jika uniform pun tak mampu beli?..erk!

Sorry to say, but this is between our experience.

Selain itu sikap dan kesedaran kedua ibu bapa, dah tahu anak nak sekolah tapi tak mampu ikhtiar untuk menyediakan kelengkapan yang sewajarnya.  Walaupun begitu soal macam ni tidak boleh 100% mereka dipersalahkan kerana mereka juga tidak terdedah dengan environment pendidikan yang sewajarnya pada zaman mereka.

Kelayakan tak ada , nak kerja jadi bos, sapa mahu bagi pak cik? bersyukur dan bekerja lah mengikut kemampuan asalkan betul di sisi agama.  Kesian kat anak tu nak minta duit bayar yuran sekolah, yuran asrama pun segan..

Ntah la, bukan ingin membebel tapi sebab lama tak post. Walaubagaimanapun sama-sama lah kita sedar dan fikir kan cara untuk menangani isu-isu sebegini agar kita semua tidak ketinggalan.  Masing-masing memiliki kelebihan dan kelemahan, saya pun sentiasa membuat silap..hanya sekadar blog post untuk saya sendiri dan tatapan untuk semua.  Semoga kita semua sama-sama menghayati perjuangan Rasulullah saw.

sumber imej yang telah saya ubah di sini

  

7 Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator