UEFA EURO 2012

Posted on 16th June 2012 by Mohd Khairudin in Pengenalan,Sukan - Tags:

Semua orang boleh bermain bolasepak.  Pandai atau tidak pandai itu bergantung kepada penilai dan siapa yang menilai. Teknik dan kemahiran bermain bolasepak berbagai-bagai gaya.  Ada yang suka merembat dan ada yang suka menanduk bola. Jika anda benar-benar ingin bermain bola, anda perlu suka kepada bola.  Anda tidak pandai bermain bola? ….

TIPU!  Pernah anda cuba?  ….  Anda tahu membaca?   Bagaimana anda boleh membaca?

Ya,… Bermula dengan A,B,C…  Hakikatnya semua memerlukan masa.  Jika anda fikir ” Bestnye kalau aku boleh bermain bola macam Ronaldo”… “Boleh buat tendangan macam Beckham”…  “menggelecek macam Ronaldinho”…”Tendangan Gunting macam Rooney”…”Penyudah Messi”…Sebenarnya anda pun boleh, lebih daripada itu pun boleh…jika diizinkan.

Anda perlu berusaha, perlu training…anda yang tahu kemampuan diri anda..orang lain tidak boleh mengubah diri kita. Bagi saya, jika kita benar-benar ingin bermain bolasepak dan ingin bermain dengan lebih agresif…belajar menendang bola, membawa bola, menimbang bola menggunakan kaki kanan dan kaki kiri..perlu explore sendiri. Jika betul nak main bolasepak tendang saja bola tu, rasa kena pada bahagian mana dan ke arah mana bola tu pergi. Lepas tu cuba adjust mengikut haluan mana.

Tajuk post ni UEFA EURO 2012. Kalau mahu tengok kena tunggu lewat malam atau awal pagi.  Ramai yang jadi Burung Hantu, kalau tak pun Kutu Embun.  Tengok Highlight pun ok kalau terlepas.  EURO kali ni pasukan mana agaknya ya?  Sepanyol ada chance, tengok pada perlawanan sebelum ni mantap juga; Tapi Jerman dengan Italy pun boleh tahan, England ? Portugal? Tunggu perlawanan akhir saja lah.

 

  

2 Comments »

  1. Syukur Alhamdulillah.. EURO 2012 telah pun melabuhkan sayapnya..

    Comment by Anuar — July 3, 2012 @ 11:48 pm

  2. @Anuar, erm..Kemenangan besar bagi Sepanyol. Satu lagi boleh ‘tune’ kembali waktu tidur..

    Comment by Mohd Khairudin — July 4, 2012 @ 10:48 pm

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator