Cobaan..Dugaan..Ujian & Makhluk Halus

Posted on 23rd June 2013 by Mohd Khairudin in Renungan - Tags: ,

Salam hormat kepada semua, syukur Alhamdulillah kerana saya dapat meluangkan masa untuk menulis entry ini. Tajuk hari ini berkisar kepada kehidupan sebenar kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Sebagai umat Islam kita berpegang teguh kepada Rukun Islam & Rukun Iman. Baiklah saya terus kepada tajuk dugaan & makhluk halus. Saya sebenarnya bukan arif sangat dengan perkara sebegini. Namun rasa terpanggil untuk berkongsi kisah benar yang berlaku akhir-akhir ini. Rasanya menjadi fardhu bagi saya untuk sampaikan kepada saudara saudari di luar.
Pada pertengahan April 2013, sewaktu kami(saya & kawan2 tempat kerja) singgah untuk sarapan pagi + makan tengahari, belum pun sempat saya makan, pada waktu itu hujan renyai-renyai, tiba-tiba bump!(keba bom!)..ASTAGHFIRULLAH! Lori tangki langgar kereta saya yang sedang parking elok-elok di tepi jalan. Kawasan berbukit..lori hilang kawalan(katanya terkejut ada bas menghalang laluan)..kena 2,3 biji kereta..sabar je la.

lorry-tankSaya pun helo polis, kemudian pergi lapor di unit trafik. ( kalau betul2 cerita panjang lagi..kereta tak sampai setahun pakai, benda nak jadi, huh!)..Maka bermula episod “Towing” ..Banyak trak tarik datang..
So, sampai hari ni kereta masuk worksyop..(di Malaysia ada ke Syarikat Insurans bagi pinjam kereta?) selepas 2 minggu Insurans Adjuster baru call tanya ada family tak dalam kereta…Nasib baik semua dah sampai kedai makan masa tu.

Bersambung…
Kisah seterusnya berlaku serentak..
Dr. suspek epilepsi..Kami terkedu. Dr. bg ubat kemudian kami bagi anak kami didapati tak jelas keberkesanannya. Kami sangat tidak puas hati terus mencuba perubatan tradisional. Maka merata pusat perubatan, rumah orang berubat , tukang urut, fisioterapi, pakar perubatan Islam, Akupuntur, Tok guru dsb.
Pelbagai input yang kami dapat, ada yang kata kena buatan orang( sihir), ada makhluk halus tumpang, Jin tanah, sawan…last berlonggok air tawar(penawar). In Shaa Allah ikhtiar, tetap kami akan berusaha.
Jika benar buatan orang. Apa salah saya? Apa salah isteri saya? Atau anak-anak saya? Kami sedar ini semua dugaan. Ada orang nampak orang buat kami..tapi…tahu orang ckp boleh…percaya jangan(takut terpesong Akidah). Nabi sendiri tak tahu ada orang sihir Baginda, Jibril yang bagitau..So tak boleh tuduh orang!
Kami ada buat…amik air sembahyang..solat hajat, kemudian..lena(tidur),Isteri kata nampak orang yang buat tu sendiri datang mengaku. Katanya pasal duit..Ada la isteri tlg uruskan pasal satu Program Pengajian( ketua kelas kononnya)…tapi.. Isteri tidak menerima sebarang bayaran atau elaun daripada institusi tersebut..tolong je beb! Tolong faham sket..call berapa banyak kena buat untuk deal penempatan pensyarah y dtg dari jauh, cari kereta dll.(termasuk student yang tak amik port..perlu disuap nota2…byk masa perlu dikorbankan jd ketua kelas ni..( mintak maaf byk2, ckp benda nak bagi org faham)(sebab aku bayar bil telefon aku tahu la)…
Bersambung…
Seperti yang diketahui Syaitan sentiasa cuba menyesat dan melagakan manusia… Jadi jgn mudah percaya, mungkin syaitan sengaja mengada-adakan cerita dlm mimpi..cuma kami tidur dgn air sembahyang.
Apa yang kami harapkan sekarang Doa daripada sedara mara dan sahabat2 agar anak saya kembali sihat sejahtera. Selebihnya kita berserah kepada Allah. Jika ada yang menganiaya biar Allah yang membalasnya.

+kesian isteri terpaksa tangguh pengajia kerana komitmen. Tidak dinafikan tugas kami menjadi tunggang langgang, cuti isteri dah tinggal 2,3 hari sebab terpaksa amik cuti rehat untuk berubat anak.

Jika benar buatan orang.. Tolong lah fikir dulu dengan akal yang waras sebelum buat apa-apa.. Anak saya baru 6 tahun, tak ada apa2 dosa lagi..jika kami ada buat salah kami minta maaf, kita boleh bincang elok2 untuk selesaikan masalah jgn jadi hamba kpd musuh kita yang nyata.

  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator