Salam hormat kepada semua, makin hari makin jarang entri blog ni :-), faham-faham saja.. Minggu lepas sempena Kenduri Kahwin Adik Ipar sebelah lelaki, so perjalanan dari Perlis sampai Ipoh. Berehat sekejap di Ipoh terus ke KL. Bermalam di KL. Kendurinya hari minggu, pagi esoknya bertolak ke Batu Pahat. Sampai di Batu Pahat, sempat mengimbau kenangan masa dulu..hee. kemudian sempat juga naik “Strawbery” di BP Mall.
Selepas selesai di Batu pahat, terus kembali ke KL, sempena Hari Malaysia..bawa family jalan-jalan tengok sekitar Ibu Negara Malaysia. Kami sempat singgah di Bird’s Park…dekat Muzium Polis tu..Taman Burung tu.. Boleh tengok banyak jenis burung.. ikan pun ada;
Nyaman betul rasanya bila berada di sekitar kawasan ni. Senang-senang datang ya ke sini pelawat-pelawat dan sahabat-sahabat sekalian. Sesuai kiranya untuk release tension yang ada, yang penting dapat merenung dan menilai kekuasaan yang Maha Pencipta dengan melihat sebahagian daripada fauna yang ada di sini. Tak lupa melayan gelagat anak-anak hee.. mak pun keh! keh!