Kelantan Bangkit Pada Separuh Masa Kedua

Posted on 26th October 2013 by Mohd Khairudin in Sukan - Tags: , , ,

Salam hormat kepada semua sahabat dan pelawat.  Sebulan lebih tidak menulis di blog ni.  Memandangkan baru menonton perlawanan separuh akhir kedua antara Kelantan (The Red Warriors) dan Angkatan Tentera Malaysia (The Gladiators), so boleh ler buat modal menulis sikit(ehm..). Pemilihan tajuk tu kira OK lah ya.  Malam ni “Sangkaan menepati Sasaran”, ramai pihak memilih Kelantan akan melangkah ke peringkat Akhir bagi Watsons Piala Malaysia kali ni.

Pada separuh masa pertama…

Para pemain Kelantan khususnya barisan pertahanan mungkin boleh disifatkan menunjukkan corak permainan “manja”.. “goyah”…Lebih tertumpu kepada pergerakan bola semata-mata sehinggakan tiada yang rapat dengan Marlon Alex James.  Walaupun Dickson Nwakeme berjaya menanduk keluar daripada kawasan depan pintu gol.. Tapi sampai kepada Marlon. Rembatan Marlon tidak berjaya disekat oleh Khairul Fahmi Che Mat kerana jauh untuk melayangkan badan ke kiri gawang gol.. lagipun terlindung dengan pemain-pemain pertahanan.  Sekaligus menyangkal kata-kata gawang Kelantan tidak akan dibolosi.

Saya memang memuji barisan pertahanan ATM kerana berjaya mengekang Dickson, memang kental..tiada ruang..tak banyak peluang untuk Badhri Radzi melorongkan bola, memang Hairuddin Omar.. Shukor Adan cukup berpengalaman…

Marlon berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-18, hanya “one touch” hasil tandukan lemah untuk “clear ball” daripada Dickson. So, Kelantan 0 .. ATM 1, Kemudian “passing” yang menembusi pertahanan Kelantan sampai lagi kepada Marlon, kalau tak silap daripada Shukor.. macam ada gam bila kena kaki Marlon.. Sekali lagi pada minit ke-35, Agregat menjadi 0-2 untuk malam ni.  Rasa macam nak beralih ke siaran lain bila “team” kita ketinggalan 2-0 (itu lah dia penyokong kita hehe..)

Akhirnya Kelantan bangkit menyamakan kedudukan. Fakry Saarani dan Badhri Radzi menjaringkan gol pada minit ke-82 dan 85. Kelantan mara ke Final.

  

22 Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator