Harga Emas Turun

Posted on 3rd September 2015 by Mohd Khairudin in Maklumat - Tags: ,

Salam hormat saya ucapkan kepada para pelawat blog mohdkhairudin.com.  Memandangkan nilai ringgit semakin merosot, apa inisiatif yang sepatutnya kita lakukan? Saya bukan pakar cuma nak memandai sahaja(hehee 🙂 ). Perkara pertama yang wajib kita buat ialah jaga solat betul tak? Lepas tu jangan lupa baca Quran.. cuba memahami isi al-Quran.  Cuba amalkan baca surah al-Waqiah dan Solat Sunat Dhuha kan. Tidak lupa juga untuk menjaga hati kedua orang tua serta hubungan dengan saudara mara.

Baiklah, nilai Ringgit Malaysia berbanding US Dollar sekarang sejumlah seperti yang dinyatakan di laman penukaran matawang yang disediakan yahoo. (mungkin terdapat sedikit perbezaan dengan laman yang lain kerana perbezaan antara harga dagangan).  Buat masa sekarang ni, jika ada hutang.. lebih baik kita cuba sedaya upaya untuk elakkan diri daripada menambah hutang,khususnya Bank (Along mintak simpang..!) Berjimat cermat lah.. guna apa yang ada. Jika baru berhajat untuk menambah kereta rasanya bertahan lah.. Pendek kata kurang kan liabiliti, beli aset seperti rumah(jika mampu).  Bila sebut rumah, taip sahaja “homestay”, “rumah tumpangan”, “rumah penginapan” dll akan keluar betul tak? 🙂 . Bagus la sekurang-kurangnya semakin celik ilmu dalam memiliki aset dan hartanah.

Selain itu, beruntung mereka yang banyak menyimpan Emas(jangan lupa berzakat ya!) dan terus membeli emas samada untuk tujuan berniaga atau simpanan.  Cuma perlu berhati-hati dengan skim-skim yang menjanjikan pulangan yang palsu(tapi kalau nak terkena tu terkena jugak kan..).  Walaubagaimanapun buat masa ni Nilai Emas Turun saya jangkakan untuk jangkamasa pendek.  Dari segi jangkamasa panjang menyimpan emas memang tidak rugi. Nilai emas semakin meningkat untuk jangkamasa panjang. Tak caya emas turun untuk jangkamasa pendek? Tengok sendiri.
Atau tengok di bawah

  

21 Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator