Kemaskini Harga Emas

Posted on 12th September 2015 by Mohd Khairudin in Maklumat,Renungan,Rujukan - Tags: , , ,

Pada minggu terakhir bulan lapan harga emas kembali turun secara agresif dalam sekitar 1161~1170 hingga 1133~1118 (harga dagangan dibuka@ditutup awal minggu~harga dagangan dibuka@ditutup akhir minggu).

Atau dengan kata lain nya daripada 1 auns (sukatan US troy ounce) untuk $1161 menurun menjadi 1 auns untuk $1133.  Penurunan berterusan pada 2 minggu berikutnya dalam bulan ini(9). Pada hari ini saya lihat harga menjadi 1 auns bersamaan 1107.5 US Dollar.

Nampak tak nilai US Dollar berkurangan untuk membeli 1 auns emas. Perlu kita kaji dan cuba faham bahawa matawang US Dollar bertambah kukuh. Walaupun begitu kajian data Pekerjaan di Amerika yang terkini menunjukkan nilai penurunan( daripada 245000 kepada 173000) .. Namun tidak melemahkan matawang US Dollar sebab kadar  pengangguran masih menurun daripada 5.3% kepada 5.1%.

image

 

Selain itu juga penutupan telaga minyak, perubahan nilai harga “stock” US banyak memacu nilai matawang US Dollar untuk mengukuh.  Faktor politik juga sudah pasti agenda penting Dollar mengukuh.

Sebagai warga Malaysia yang sedang merasa bahang kemerosotan nilai ringgit, wang kertas sememangnya mudah untuk dieksploitasi tetapi tidak emas. Jadi.. Beli dan simpan lah emas bagi yang mampu.. Berjimat cermat lah.. Sama-sama kita berdoa agar nilai Ringgit kembali pulih.  Harga emas mungkin akan turun lagi minggu depan, tiada manusia yang boleh memberikan nilai bacaan yang tepat tentang emas, matawang, minyak… Hanya ramalan berdasarkan  asas dan teknikal semata-mata. Secara peribadi saya sarankan untuk kita mengkaji masa sesuai membeli emas kerana harga emas akan naik😅

  

20 Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator