Kepentingan Insurans Atau Takaful

Posted on 19th September 2015 by Mohd Khairudin in Keluarga,Renungan - Tags: , ,

Salam hormat kepada semua pelawat blog. Jika kita kaji di internet, carian yang paling banyak pada masa kini antaranya ialah kata kunci “insurans”. Pada masa kini insurans sangat penting kerana kos rawatan, kos perubatan, kos pembedahan tersangat tinggi.  Kita sebenarnya mampu untuk membelanjakan sejumlah wang setiap bulan untuk persediaan semasa kecemasan tetapi tidak ramai yang mampu membelanjakan sejumlah wang yang besar seperti RM30k, 40k, 50k… dalam masa sehari dua.

Baiklah, kisah ni bermula apabila isteri saya demam, menggigil dan muntah-muntah. Kesian sampai tak boleh menelan(makan) kerana masuk makanan akan keluar balik(muntah.) Jadi.. saya bawa ke salah sebuah Hospital Swasta di Utara Semenanjung. Apa lagi? Dia dimasukkan ke wad. 

Semasa sesi pendaftaran, staf Hospital tersebut ada tanya saya nak buat pembayaran sendiri, panel atau ada Medical Card. Nasib baik isteri ada Takaful PrudentialBSN. Staf tersebut tanya saya nak bilik yang macam mana.. Yang 4 orang ke dua orang satu bilik.. Saya minta yang dua orang.. Alhamdulillah bilik lebih kurang hotel la cuma tak ada Bath Tab..layanan daripada staf yang bertugas tip top.

Deposit mesti dibayar terlebih dahulu sejumlah RM500.00 (walaupun ada Medical Card). Pendekkan cerita.. Selepas masuk 1 drip(betul ke tak ejaan ni).. Habis satu, pagi esoknya tambah lagi satu.. Keesokan harinya Doktor maklumkan berita baik.. Sudah boleh balik. Kami diminta untuk membuat pembayaran.. Alhamdulillah ada Medical Card(di sini kita nampak Kepentingan Takaful atau Insurans).. Bukan itu sahaja kami juga didenda kerana lewat keluar walaupun Isteri minta untuk habiskan drip. Padahal katil pesakit sebelah kami tu kosong! Kami dicaj RM99.50 sebagai denda sebab lewat keluar walaupun drip tak habis. Jumlah bayaran yang dikenakan bagi rawatan untuk simptom keracunan makanan di Hospital Swasta(mungkin sebab bilik pesakit masih baru) tidak termasuk denda tadi untuk satu malam RM1915.35 lalala!!

Syukur Alhamdulillah, Isteri ada Medical Card.. Tapi nak cakap juga setiap penganiayaan ada balasannya. Tunggulah!

Lastly, Deposit yang boleh diambil ialah RM453.00 daripada RM500.00 sama-sama la kita renungkan. Bukan tak nak pergi Hospital Kerajaan tapi banyak kali dah pergi sebab ramai walaupun emergency.. Masih kena tunggu, sebab tak larat menunggu terpaksa la, bukan Hospital Kerajaan tak bagus.. Hospital Swasta bukannya berani kalau kes kes kritikal sebab nama mereka.. Bagaimana pula cerita anda?

  

11 Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator