Langkah-Langkah Pencegahan Semasa Jerebu

Posted on 22nd October 2015 by Mohd Khairudin in Umum - Tags: ,

Salam hormat kepada semua pelawat blog MohdKhairudin.Com. Memandangkan jerebu semakin teruk sehari dua ni..jadi sama-sama lah kita berdoa agar udara kembali bersih dan selamat seperti sediakala.  Bersabarlah dengan dugaan ini.. Kita juga mesti mengamalkan Langkah-langkah Pencegahan atau Tindakan semasa Jerebu seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;

Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah (macam mana nak training untuk PenangMarathon ni??)

Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor).  Jika terpaksa berada di luar, kita dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) jenis 3 ply

Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih.  Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok (Alhamdulillah saya tak merokok.. bila lagi nak berhenti merokok??)

Apabila memandu gunakan penghawa dingin.  Pilih mode kitaran udara dalam (yang anak panah pusing tu)

Banyak minum air kosong (plain water)[sekurangnya 8 gelas sehari]

Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas aktiviti luar.

Marilah kita sama-sama berdoa;

Bismillahirrahmanirrahim.

Selawat Tafrijiyyah..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..

Lenyapkanlah jerebu ini dan bersihkanlah udara yang kami perlukan ya Allah.

Lindungilah kami dan selamatkan diri kami daripada jerebu ini ya Allah.

Amiinnn.. Amiinnn.. ya Rabbal alaminnn..

Selawat Syifa..

InshaAllah.

  

19 Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator