Berlari

Posted on 30th September 2017 by Mohd Khairudin in Sukan - Tags: , ,

Salam hormat kepada semua pengunjung blog. Hari ni saya ingin berkongsi tentang  satu sukan yang saya minati. Sukan berlari.. Kenapa saya suka berlari? Kerana berlari boleh menyihatkan badan.. Memberi kecergasan fizikal dan kecerdasan mental. Jika tidak bersukan.. Saya terasa lesu & kurang stable 😊. Bersukan juga sebagai sumber inspirasi.. semangat dalam melaksanakan aktiviti seharian. Semenjak sekolah rendah saya melibatkan diri dengan sukan lari. Alhamdulillah syukur kerana dikurniakan fizikal boleh berlari.

Sukan olahraga merupakan sukan lari. Sukan olahraga biasanya dipertandingkan di dalam stadium di atas padang atau balapan.. Seperti lari 100 meter, 200 meter, 4×400 meter, 1500 meter dan sebagainya. Bagi sukan lari yang berlangsung di luar padang atau trek seperti jalan raya di panggil “fun run”.

Sukan lari yang sangat diminati ramai ialah “Marathon” atau “Half-Marathon”.

Sukan Marathon ialah acara sukan lari yang memerlukan pelari berlari pada jarak melebihi 42 km manakala Half-Marathon ialah sukan lari pada jarak melebihi 21km.

Untuk menjadi pelari yang berjaya.. atlit yang berjaya.. seseorang individu itu seharusnya sentiasa berusaha dengan gigih, mempunyai disiplin yang tinggi, tidak jemu untuk berlatih untuk mencapai catatan masa atau tahap yang lebih baik daripada sebelumnya😊

Jom berlari untuk kesihatan.. Jika tidak boleh berlari.. Berjalan lah untuk kesihatan.. Jika tidak boleh berjalan..”exercise” lah dengan membuat pergerakan seperti regangan atau pergerakan yang menghasilkan peluh.

  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator