Rekreasi dan Bersantai di Gua Kelam

Posted on 3rd March 2018 by Mohd Khairudin in Hiburan,Keluarga,Maklumat - Tags: , ,

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pelawat blog ini, Alhamdulillah saya ingin berkongsi suatu tempat yang telah kami kunjungi pada hari ini, ya.. aktiviti hujung minggu di sebuah tempat yang sangat menarik(dulu memang tak asing lah tempat ni 🙂 ) Selepas hampir sepuluh tahun saya tidak ke sini.. terasa perubahan yang telah berlaku.. Gua Kelam.. ya.. dulunya lebih “happening” 🙂 .. Sekarang masih menarik.. cuma perlukan lebih perhatian.. masih indah.. segar mata memandang bila berada di kawasan Gua Kelam. Disini juga saya ingin kongsikan sedikit kisah kami..

Perjalanan kami dari Kangar lebih kurang 30 minit.. tiba di Gua Kelam sekitar pukul 10.00 pagi..

Agak sunyi semasa kami sampai hmm.. terus mencari “port” untuk anak-anak memancing dan mandii.. si Along excited dengan pancingnya..

sejukkk..grrrrr!

Along berendam dalam air.. Semoga Along kembali sihat..kini Along masih Tahap 4(umur sudah 11 tahun) bersekolah di sekolah khas.. sakit dia masih misteri bagiku.. Along dilahirkan sihat normal tetapi terkena sewaktu umur 6 tahun (sehingga 40 kali sehari tarik..dulu sampai dua kali paralyse).. kekadang bulu romaku kerap meremang..ku terfikir aku tak pernah kacau anak dara atau bini orang..ahh.. semua itu takdir, berserah kepada Allah swt.. segalanya telah diusaha dan diikhtiarkan..mungkin masih belum mencukupi..dalam banyak banyak pengamal perubatan..pernah sekali peramal perubatan Islam bertanyakan aku ” ada orang suka bini kamu ke?” .. pada ku jodoh dan pertemuan ditangan Allah. Jin dan Syaitan memang suka melaga-lagakan umat Nabi Muhammad saw.. Semua tu tiada kaitan..Percaya kepada Rukun Iman..Qadaq dan Qadar Allah.. Kami redha dengan takdir Allah SWT, Allah Maha Adil. Sekarang along masih continue dengan ubat Dr… hospital dan appointment dengan Dr.

kesian along.. Walaupun begitu masih ramai di luar sana yang lebih sengsara dan besar dugaan.. Alhamdulillah dengan keadaan along sekarang.

Seterusnya, berbalik kepada aktiviti Rekreasi dan santai hari ini..

Bergambar di bawah pokok..merendam kaki dalam air bukit yang sejuk..lama lama tak buat ni best juga :-)..refresh..

Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, hargai segala yang ada..

macam laa ikan ni nak makan.. sikit pun tak sentuh

Jangan pernah berputus asa.. gagal sekali, dua kali, berkali kali lumrah dalam memburu kejayaan dan kebahagiaan.. memang tak makan pancing ikan ikan ni.. umpan cengkerik tak maunya..

Seterusnya aktiviti diteruskan dengan berjalan masuk ke Gua Kelam.. Ada sapa sapa kalah team bola.. hiii Jom!

Kita menjelajah ke dalam Gua

memang kelam .. kata orang Pereglih

bergambar kenangan dalam gua

eeee.. Gelap, intai intai Batman ada tak.. nampak stalagtit and stalagmit

another memory captured.. santuni anak anak

to be continue…

Please follow and like us:
  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator

 2006-2017 | www.mohdkhairudin.com | Part Time Trader Since 2006
7 visitors online now
1 guests, 6 bots, 0 members
Max visitors today: 9 at 12:37 am UTC
This month: 20 at 08-14-2018 02:27 pm UTC
This year: 45 at 07-17-2018 02:08 pm UTC
All time: 133 at 02-01-2017 04:09 am UTC