Kenaikan Tertinggi Nilai Emas, Selepas 3 Tahun

Posted on 29th June 2019 by admin in Belajar,Fundamental Analisis,Maklumat,Pendidikan,Renungan,Rujukan,Technical Analisis,Tutorial - Tags: , , , , ,

Salam hormat kepada semua pelawat blog. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana kita masih dapat bernafas dan bekerja serta menikmati kehidupan ini. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu dan berusaha jika kita ingin berjaya. Bekerja selagi hayat dikandung badan đŸ™‚ .

Baiklah hari ni perkongsian saya tentang Emas. Nilai Emas telah meningkat, dagangan emas spot pada minggu ini(24-29 Jun 2019) juga naik walaupun sedikit.. kenapa agak sedikit minggu ini? Pandangan saya dari sudut fundamental..kerana pihak Federal Reserve (Fed) ada berucap pada awal pagi rabu(26 Jun 2019) dan isu perang perdagangan antara US dan China.. para pedagang dan speculator menunggu keputusan antara pertemuan President US & China. Para pedagang akan berusaha untuk mendapatkan maklumat tentang isi ucapan atau perdebatan sewaktu sesi pengucapan wakil dari Fed.. dahulunya Fed seolah-olah akur dengan Mr. President untuk kembali merangsang ekonomi dengan melemahkan matawang Dollar.. kembali menurunkan kadar Usd (Federal Funds Rate.. kini 2.5%). Rasanya tak perlu saya ulas panjang lebar sebab masing-masing boleh akses banyak maklumat dan video ucapan menerusi internet… usaha tangga kejayaan!.. hmm.

Dagangan Emas dibuka pada minggu ni dengan nilai 1399.77 Ounce per US Dollar (merujuk kepada chart platform daripada InstaForex) dan turun sedikit ke paras 1398.24. Selepas itu “gold price bullish” sehingga 1438.84 Ounce/Usd. Kemudian dagangan emas bearish dan ditutup pada 1409.02.

Gold Weekly TimeFrame.. view from Candlesticks Chart

Selepas tiga tahun, kenaikan tertinggi nilai emas dapat dilihat pada bulan ini(Jun 2019).. Last kenaikan paling tinggi..kenaikan yang ketara adalah pada bulan Februari 2016.

Gold Monthly TimeFrame

Begini lah pandangan Candlesticks Chart di Metatrader 4 di dalam iPhone secara melintang kan iPhone..(gambar atas). Jika ditegakkan iPhone akan kelihatan seperti di bawah;

Gold Monthly TimeFrame

Sementara melihat candlesticks chart bagi emas.. sedikit info tentang software metatrader 4 yang digunakan oleh para trader;

Semoga dapat belajar sesuatu daripada entri ini.. trade on your own risk. Happy Trading! Semoga anda murah rezeki..inshaAllah.

Please follow and like us:
error
Comments Off on Kenaikan Tertinggi Nilai Emas, Selepas 3 Tahun
  
PRchecker.info

No Comments

No comments yet.

Sorry, the comment form is closed at this time.

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator

 2006-2019 | www.mohdkhairudin.com | Part Time Trader Since 2006
8 visitors online now
1 guests, 7 bots, 0 members
Max visitors today: 11 at 04:09 am UTC
This month: 21 at 09-07-2019 05:23 am UTC
This year: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC
All time: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC