Data Positif NFP Menyekat Kenaikan Emas

Posted on 7th July 2019 by admin in Belajar,Fundamental Analisis,Menjana Wang,Pendidikan,Renungan,Rujukan - Tags: ,

Salam hormat kepada semua pelawat blog. Akhir-akhir ini kita dapati lebih ramai para pelabur.. lebih berminat dengan “besi kuning“. Volume emas boleh dilihat pada graf menunjukkan kenaikan yang mendadak. Permintaan yang tinggi daripada para pelabur, peniaga, pedagang, pembeli emas secara langsung memberi momentum kenaikan pada nilai emas. Lebih ramai memberi tumpuan kepada “safe haven instrument” seperti Emas.. jika dibandingkan dengan currency Dollar.

Walaubagaimanapun nilai dagangan emas pada hari Isnin(01 Julai) dibuka pada paras yang rendah 1404/5 ounce/usd. Ini adalah kerana kesan daripada keputusan positif daripada perang dagangan antara US-China. Presiden Trump telah memuat naik tweet berkaitan tariff yang dikenakan terhadap China dan belian oleh China.. senang cerita urusniaga US-China menunjukkan keputusan yang agak positif. Jangkaan tidak meleset kerana nilai emas akan turun sebaik sahaja dagangan dibuka. Namun emas kembali bullish ke paras 1437 ounce/usd pada hari Selasa(02 Julai).

Pada hari Rabu dan Khamis (03&04 Julai), penurunan nilai emas berterusan.. hingga lah data NFP dikeluarkan pada hari Jumaat(05 Julai). Data NFP yang positif (daripada 75000 kepada 224000) terus menyebabkan nilai emas menurun sehingga 1386 ounce/usd. Data positif ini menyekat kenaikan emas kerana lebih ramai kembali membeli Dollar. Walaubagaimanapun terus update dengan latest breaking news. Samada Fed akan teruskan dengan rancangan untuk menurunkan kadar atau kekal sama sama kita lihat nanti. Semoga anda semua murah rezeki.. inshaAllah. Selamat membeli emas fizikal 🙂 bagi mereka yang suka menyimpan atau menghadiahkan kepada yang tersayang. Happy Trading.

for a living
Please follow and like us:
error
Comments Off on Data Positif NFP Menyekat Kenaikan Emas
  
PRchecker.info

No Comments

No comments yet.

Sorry, the comment form is closed at this time.

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator

 2006-2019 | www.mohdkhairudin.com | Part Time Trader Since 2006
6 visitors online now
1 guests, 5 bots, 0 members
Max visitors today: 17 at 03:29 am UTC
This month: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC
This year: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC
All time: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC