Laporan Pekerjaan Jun Tidak Mengubah Pandangan Polisi

Posted on 13th July 2019 by admin in Belajar,Fundamental Analisis,Maklumat,Pendidikan,Renungan,Rujukan - Tags: , , , ,

Salam hormat kepada semua pelawat blog.. seperti biasa pada hari minggu atau diwaktu malam jika ada masa.. saya akan cuba untuk mengemaskini blog.. 🙂 .. Saya akan cuba kongsikan serba sedikit hobi menambah sumber pendapatan inshaAllah. Suka saya ingatkan di sini bahawa sumber yang halal dan berkat sesungguhnya wajib kita pilih. Kehidupan kian mencabar..perlu bersaing. Dalam kehidupan seharian.. kita tidak boleh lari dengan sistem “fiat money” atau “fiat currencies“. Even.. matawang merupakan antara punca kekuatan atau kelemahan sesebuah negara. Tidak mustahil matawang juga merupakan senjata untuk melumpuhkan pihak musuh.. :-). Sebab itu pentingnya sikap rajin.. rajin membaca.. rajin mencari ilmu. Semoga kita dapat bersama-sama berjuang demi agama, bangsa dan negara. Apa-apa pun cuba fahami asas betul-betul InshaAllah kita faham akan ilmu perdagangan matawang.. konsepnya faham instrumen; contohnya kita pergi pasar beli ikan.. harga ikan “Termenung” RM8.00 sekilo.. kita beli ikan termenung sekilo dengan membayar RM8.00 untuk sekilogram ikan. Jika dalam perdagangan matawang (forex).. instrumen di sini ialah pasangan matawang(cth: Eur/Usd, Gbp/Usd…) seperti Pound, Euro, Dollar.. berbalik kepada beli ikan tadi instrumennya jadi Ikan/RM8. Sebagai pengguna atau pelanggan kita buy Ikan dalam masa yang sama kita Sell RM8. Penjual Ikan Buy RM8 dalam masa yang sama Sell Ikan 🙂 macam tu la lebih kurang.. hii sekarang ramai forex trader hebat di Malaysia.. boleh pergi berguru. Taip sahaja guru forex atau kursus forex. Jangan terpedaya dengan Scam sudah..hmm.

Baik lah.. berbalik kepada tajuk asal. Pada hujung minggu lepas kita dapati US Dollar menguat dan menyebabkan Emas turun sedikit. Ini adalah kerana data pekerjaan yang diumumkan oleh Fed sangat positif. Ramai trader memilih untuk kembali kepada Dollar. Namun, minggu ini Pengerusi Fed membuat kenyataan bahawa laporan pekerjaan pada bulan Jun tidak mengubah pandangan polisi Fed dimana penurunan kadar akan dilaksanakan. Oleh sebab itu kita boleh lihat US Dollar kembali lemah. Apa-apa pun terus update dengan berita-berita yang terkini (breaking news). Pada masa sekarang pergerakan harga boleh dianggap berada dalam keadaan tak menentu sebab keputusan penuh akan bergantung kepada laporan pada masa akan datang. Cuma terdapat hint Fed akan menurunkan kadar (fund rate).

Menurut laporan mesyuarat pertengahan tahun.. kadar Inflasi masih berada di bawah target 2% walaupun pasaran buruh kembali selesa dengan peningkatan 172000 sepanjang bulan Januari hingga Jun.. Gross Domestic Product (GDP) meningkat pada kadar yang sama dengan tahun sudah pada kadar 3.1%. Housing Investment and Manufacturing Output agak menurun. ” The more reliable drivers of growth in the economy are consumer spending & business investment”. Begitu lah.. sedikit info keadaan ekonomi US. Semua ni kategori analisis fundamental.. penting kepada para trader. Ia perlu di syncronize kan dengan analisis teknikal agar berjaya membuat entri yang betul 🙂 . Bila sebut tentang entri.. terdapat pattern seperti Invest Head and Shoulders pada TF h4 pasangan matawang Eur/Usd;

suggestion only

Semoga anda murah rezeki, saya juga murah rezeki InshaAllah. Trade on your own risk.. jangan cari kesalahan orang.. Happy Trading.

gambar sekadar hiasan
Please follow and like us:
error
Comments Off on Laporan Pekerjaan Jun Tidak Mengubah Pandangan Polisi
  
PRchecker.info

No Comments

No comments yet.

Sorry, the comment form is closed at this time.

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator

 2006-2019 | www.mohdkhairudin.com | Part Time Trader Since 2006
8 visitors online now
2 guests, 6 bots, 0 members
Max visitors today: 13 at 05:14 am UTC
This month: 22 at 11-05-2019 07:28 am UTC
This year: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC
All time: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC