Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pelawat blog MohdKhairudin Dot Com. Alhamdulillah..ringan sikit jari untuk menaip hari ni 🙂 .  Baik.. beberapa minggu.. beberapa bulan lepas semenjak Pandemic Covid-19 melanda seluruh dunia.. seluruh manusia di muka bumi ini boleh dikatakan diancam oleh virus berbahaya ini.  Masing-masing berada dalam keadaan sentiasa berwaspada dalam setiap pergerakan dan perbuatan. Sentiasa memakai topeng muka, mencuci tangan dan menjarakkan diri (social distancing). Namun.. masih ada yang berdegil. Sabar je la.

Pandemic Covid-19 telah memberikan impak yang sangat besar dalam kehidupan.. dalam sektor ekonomi , pekerjaan, perniagaan.. pendek kata kesannya amat besar dan melanda setiap sektor.  Jika nak diulas, memang panjang.. baiklah kita terus kepada tajuk utama Nilai Emas dijangka akan Turun Lagi.. ya.. jika pergerakan harga atau nilai emas pada graf kembali turun melebihi paras sokongan sekitar 1799.55 per ounce (Ini hanya jangkaan peribadi sahaja).  

Pada minggu lepas nilai emas kembali melonjak ke paras sekitar 1848 per ounce daripada 1786 per ounce. Berikutan penurunan yang berlaku daripada minggu minggu sebelumnya ekoran daripada pengumuman kejayaan penghasilan vaksin untuk Covid-19.

Apa-apa pun selamat mengikuti pergerakan pasaran dengan ilmu 🙂 Belajar dan terus belajar.. rajin-rajin membaca dan jangan sekali-kali melabur tak ketahuan ya. 

Happy Trading!

Trade At Your Own Risk!

StaySafe

11 visitors online now
1 guests, 10 bots, 0 members
Max visitors today: 19 at 01:23 am UTC
This month: 19 at 04-01-2021 01:47 pm UTC
This year: 281 at 02-16-2021 04:33 am UTC
All time: 281 at 02-16-2021 04:33 am UTC