Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada semua pelawat blog MohdKhairudin Dot Com.  Lama betul tak menulis blog hehe.. 🙂 . Rasa sayang kat domain ni.. tu yang terus stay renew haha..

ok baik.. lama menunggu emas naik semula kan?  Emas ni InshaAllah tak rugi kita menyimpan.. harga turun je.. beli.. turun je beli.. Inflation proof kan. cuma minggu lepas (31/05 -04/06/2021) dan minggu ni (07/06-11/06/2021) dagangan emas menurun (niaga hadapan emas).. emas spot turun.  Pada pandangan saya, ya hanya pandangan peribadi tidak memaksa sesiapa pun untuk yakin atau percaya :-).. hasil pemerhatian dan penelitian saya terhadap news fundamental seperti data pekerjaan US (NFP) agak baik secara umumnya walaupun rendah nilai jangkaannya. 

Selain itu, data seperti Customer Price Index juga melebihi jangkaan walaupun lebih rendah daripada terdahulu.. saya hanya merujuk data di Forexfactory.  Itu dari sudut fundamental yang meyakinkan saya akan punca kekuatan US Dollar selain psikologi trading itu sendiri.

Walaubagaimanapun pergerakan harga pasaran seperti biasa.. terutamanya apabila terdapat Intervention.. campur tangan atau breaking news secara tiba-tiba.. seperti yang saya tekankan.. trader perlu sentiasa bersedia dari segi kawalan risiko, pengurusan kewangan, tindakan penutupan entri.. exit.. cut loss dsb.

Berdasarkan andaian bahawa US Dollar akan terus menguat.. mungkin.. FOMC minggu depan.. Emas Dijangka Turun.. hanya sekadar jangkaan .. jangan caye :-). Dari sudut teknikal mungkin boleh dipertimbangkan dari segi pergerakan jangka panjang satu minggu .. saya melihat pattern chart Inverse Head and Shoulders seperti gambar di bawah.  Apa-apa pun pastikan buat dan yakin dengan analisis sendiri.. sentiasa bersedia, semoga kita semua dimurahkan rezeki oleh Allah SWT, ada rezeki InshaAllah.

Berikut analisis teknikal candlesticks chart pattern based on weekly timeframe

Berikut analisis teknikal candlesticks chart pattern based on daily timeframe

Technical Chart from investing.com

Disclaimer: Trading sangat berisiko. Anda mungkin kehilangan wang anda samada sebahagian atau keseluruhannya. Anda dinasihatkan supaya belajar akaun percubaan sehingga mahir dan yakin terlebih dahulu  sebelum trade di akaun sebenar. Wang anda ada lah hak anda. Sayangi wang anda.

Setakat itu sahaja entri buat kali ini. Jaga diri, jaga family, staysafe.. Happy Trading and Good Luck!

11 visitors online now
3 guests, 8 bots, 0 members
Max visitors today: 15 at 01:33 am UTC
This month: 25 at 07-22-2021 08:20 am UTC
This year: 281 at 02-16-2021 04:33 am UTC
All time: 281 at 02-16-2021 04:33 am UTC