Salam sejahtera kepada semua pelawat blog.

Sebelum saya meneruskan penulisan ini, ingin saya nyatakan bahawa saya BUKAN Penasihat Kewangan Profesional. Hanya menulis blog.

Bitcoin boleh dikatakan masih lagi merupakan mata wang kripto utama jika dibandingkan dengan mata wang kripto yang lain. Harga Bitcoin bernilai 49,846.00 US Dollar untuk 1 Bitcoin (harga pada laman tradingview.com pada hari ini 26 Disember 2021) iaitu bersamaan dengan RM208,854.74 (jika mengambil kira 1USD = 4.19MYR). Pada 13 November 2018 harganya berada pada paras USD6,281.76 bersamaan dengan RM26,340.00. Bayangkan betapa banyaknya peningkatan harga yang berlaku selepas 3 tahun. Cuba kira :-). Namun, kenaikan ini tidak menjanjikan akan berterusan tetapi secara umumnya benar-benar naik betul tak?

Jika kita lihat di laman investing.com, finance.yahoo.com, mata wang kripto 5 teratas sekarang ialah Bitcoin(BTC), Ethereum(ETH), Binance Coin(BNB), Tether(USDT) dan Solana(SOL).

secara peribadi, dari sudut teknikal, jangkaan pergerakan harga Bitcoin mungkin akan turun lagi jika break 42800, 42000 dan seterusnya melengkapkan pattern HNS weekly ke sekitar 30000 usd. Penurunan berlaku jika pergerakannya tidak naik lebih tinggi dan tidak break 52800, 53000 usd. Hanya sekadar jangkaan. Remember..Trade At Your Own Risk! 🙂

Jangkaan Pergerakan Harga Bitcoin berdasarkan Candlesticks Chart diedit daripada yahoo.finance.com
3 visitors online now
0 guests, 3 bots, 0 members
Max visitors today: 14 at 02:05 pm UTC
This month: 17 at 05-14-2022 10:11 am UTC
This year: 156 at 02-27-2022 02:14 am UTC
All time: 281 at 02-16-2021 04:33 am UTC