About

Posted on 4th January 2020 by admin in

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera kepada semua pelayar-pelayar internet, Ahli Perniagaan, Usahawan, Pembaca dan Pelawat Blog atau Laman Web.  Terima kasih kerana sudi datang melihat dan membaca blog Mohd Khairudin Dot Com 🙂 . Haii.. semua..(waving sket hehe :-)) tanpa kunjungan daripada anda semua, hilang seri dan sunyi sepi blog ni :-).

Kita telah melangkah ke Tahun 2020, jika dahulunya semasa di alam persekolahan kita sememangnya nantikan Tahun 2020.. sangat mengujakan apabila menyebut dan menyanyikan lagu Wawasan 2020 terngiang-ngiang dekat telinga ni :-). Walau apa pun yang telah berlaku.. Kita kena redha.. Allah SWT menentukan segalanya, ada Hikmahnya. Kita rancang dan teruskan usaha dan berusaha untuk masa depan yang lebih gemilang. Terima hakikat bahawa tidak semua yang kita idamkan.. kita akan dapat..:-) Tetapi berputus asa.. jangan sekali kali.. InshaAllah.

Siapakah saya?

Ibu Bapa saya berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Saya diberi nama Mohd Khairudin. Nama Penuh.. Mohd Khairudin bin Saidina Omar.  Dilahirkan di negeri Kelantan. Oleh sebab asal usul dari keluarga yang agak sederhana dan serba kekurangan mendorong saya untuk asyik fikir nak cari duit hehe :-). Don’t worry saya tak mencuri.. minta sedekah pun bukan. Kenapa saya fikir nak cari duit?  Sebab masa dulu.. masa kecil budak-budak..zaman sekolah.. duit sukar diperoleh. Saya sedar ramai lagi yang senasib dengan saya.. saya sedar ada yang lebih teruk dugaan dan cabaran masa lampau.

Namun.. saya bersyukur kerana masih boleh menjalani kehidupan di dunia ini. Ibu hanya menerima pendidikan setakat sekolah rendah (darjah 6).  Ayah tidak boleh membaca. Menulis tentang hakikat atau kebenaran.. bukan untuk mengeluh..tak boleh saya bayang kesukaran ibu dan ayah mencari sumber rezeki membesarkan kami anak-anak. Saya anak ke-2 daripada 7 adik beradik.. Meninggal dunia sewaktu bayi(usia tak sampai setahun) 2 orang. Sekarang kami 5 beradik. Ayah bekerja sendiri.. bertani, bekerja sebagai buruh, menjual & menjaja Tapai Ubi Kayu.

Pada awalnya.. tujuan utama blog ini of course lah untuk cari duit.. untuk menambah pendapatan.. iye lah saya ni asal usul bukan orang senang.. cuma komitmen dan kesempatan untuk menulis agak terbatas.. Usia blog dah lebih 10 tahun, akhir-akhir ni.. blog ni hanya tempat untuk saya berkongsi idea-idea trading yang saya ikuti sejak tahun 2006(trading pun on off masa tu). Tak berbaloi pun.. Jadi Affiliate jual eBook pun tak ada orang beli. Adsense pun tak pernah cukup $100. Bayar yuran Domain & Hosting je setiap tahun..No wonder ramai blogger yang give up.  Cuma saya ni masih bertahan sebab masih kerja office hour.. ada gaji setiap bulan.  Saya masih bertahan sebab ntah la mungkin terlalu cinta kan “Bisness Internet” kot 🙂 . Antaranya sebab dah tak tau ikhtiar apa lagi untuk menambah pendapatan.. tak kan nak buka kedai burger atau gerai pisang goreng..tak nak hilang/lupa skills Blogging/Laman Web.

BERSAMBUNG..

~Mohd Khairudin bin Saidina Omar~

KHAIRUDIN PRO TRADER

Comments Off on About
  
PRchecker.info

No Comments

No comments yet.

Sorry, the comment form is closed at this time.

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator

 2006-2019 | www.mohdkhairudin.com | Part Time Trader Since 2006
6 visitors online now
1 guests, 5 bots, 0 members
Max visitors today: 15 at 01:32 am UTC
This month: 28 at 01-18-2020 04:26 am UTC
This year: 28 at 01-18-2020 04:26 am UTC
All time: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC