Google Adsense

Posted on 9th February 2011 by Mohd Khairudin in Blogger,Blogging,Maklumat,Menjana Wang,Renungan - Tags:

“Tak Yah klik nanti dia dapat duit”, “Perangkap ni, nanti dia yang untung”, “Betul ke Google Adsense boleh buat duit?” dan banyak lagi persepsi dan persoalan tentang Google Adsense. Sudah lama juga tak update blog, walaupun ‘busy’ sket.. demi menjaga reputasi blog, maka hari ini saya ingin menyentuh tentang menjana wang “sikit-sikit lama-lama jadi bukit” dengan Google Adsense.  Semua orang boleh “buat duit” dengan Google Adsense..Saya jadikan Google Adsense antara kerja “part time” saya.  Aaa..aa! Ya la yang klik! Klik! Dapat duit atau lebih dikenali sebagai Pay Per Klik.  Sebenarnya banyak program Pay Per Click(PPC) cuma yang benar-benar boleh dilihat dengan jelas ialah Google Adsense.  Tak percaya? nak baca lagi klik sini…

  

Cek Daripada Nuffnang Sudah Sampai

Posted on 10th December 2010 by Mohd Khairudin in Blogger,Blogging,Menjana Wang - Tags:

Alhamdulillah, cek yang ditunggu telah sampai dengan selamat :-). Ingatkan surat hutang tadi hehe..Apa-apa pun tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Nuffnang Sdn Bhd kerana memberi peluang untuk saya membuat iklan berbayar tempoh hari.  Pada mulanya macam tak percaya pun ada.. sebab blog saya ni bukannya tinggi trafik pelawat, ya la tu..Rezeki atas usaha yang mesti dihargai.  So ingin saya berikan sedikit pandangan di sini kepada yang memiliki blog tu bukan sahaja hanya menulis blog, “update”. Tidak semestinya menulis blog setiap hari tapi cuba kita sama-sama “create” suatu kelainan yang relevan dengan keseluruhan yang ada pada blog kita seperti rekabentuk, kandungan, maklumat, pautan dan mungkin nama domain kita sendiri..tanamkan sikap untuk kemajuan(self-improvement) kita bersama(pandai-pandai je aku).  Selain itu jangan lupa untuk mematuhi terma dan syarat tidak kira samada dengan Nuffnang atau syarikat-syarikat lain yang kita sertai.

Dahulu, Saya sering tertanya-tanya betul ke menulis blog boleh dapat duit? Sebab sebelum ni hanya dapat sen sen je kan.  Namun saya tetap yakin bahawa bidang penulisan blog sebenarnya boleh pergi lebih jauh jika dimanfaatkan dengan betul.  Sekarang terjawab sudah.  Sumber-sumber yang digunapakai dalam dan luar negara yang telus serta maklumat-maklumat terkini yang tepat(hasil pengalaman sendiri lagi elok) sememangnya menjadi sesuatu yang kita sendiri tidak sangka ia sebenarnya bernilai pada pandangan orang.  Apa yang penting kita tulis blog kemudian kita tanya diri kita kenapa trafik tak naik-naik ? 🙂 Kenapa tak ramai orang nak datang ? Jika tujuan kita ingin menjadi penulis blog yang boleh dikategorikan “sambil menyelam sambil minum air”.  Berbeza dengan pemilik blog yang menulis blog mengikut musim dan menulis diari atau lirik semata-mata.  Menulis blog semata-mata kerana duit seolah-olah kita sedang memaksa diri sendiri dan akhirnya kita membuang tenaga, masa dan wang ringgit. Tulis lah blog dengan tenang tanpa tekanan dan tanpa paksaan :-). Setakat ni saja idea yang terlintas..lain orang lain pendapatnya..mari-mari sumbangkan pandangan dengan memberi komen.

Bil. domain + hosting RM115/year..ye ye 🙂

  

Withdraw Fulus Dari Nuffnang

Posted on 30th October 2010 by Mohd Khairudin in Blogger,Maklumat,Menjana Wang,Rujukan - Tags: ,

Pagi ni bila log in ke ruangan membership nuffnang seperti yang dijanjikan, duit hasil daripada sponsored ads yang lepas sudah boleh dikeluarkan.  Alhamdulillah lepas la untuk bayar domain dan hosting untuk tahun ini. Malah boleh buat isi minyak lagi 🙂 .  Anyway saya akan “live” kan print screen bagaimana untuk cash out duit daripada akaun nuffnang.  Apa yang saya rasakan privacy information, saya terpaksa delete bagi menjaga kepentingan pihak yang berkenaan.

Bagi saya, rasanya tidak salah untuk saya berkongsi di sini..jika ada yang menganggap saya menunjuk-nunjuk terpulanglah.  Semua ni jika tidak diusahakan dengan betul mustahil untuk diperoleh.  Semoga rakan-rakan blogger yang lain turut sama merasai “ole-ole” seumpama ini dalam berkomitmen sebagai seorang blogger.  Apa yang penting nak baca lagi klik sini…

  

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator