Berjiwa “MERDEKA”

Posted on 21st August 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Sekarang kita semua berada di bulan yang amat bermakna buat kita semua. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita sama-sama meraikan UlangTahun Kemerdekaan yang ke-53 bagi Negara kita Malaysia. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi sebuah Prosa yang secara kebetulannya diberi oleh pensyarah saya dalam satu subjek yang saya belajar. Oleh sebab Prosa ini kena dengan bulan kemerdekaan yang bakal kita sambut pada 31 Ogos ni mari kita sama-sama teliti maksudnya. Yang paling penting sama-sama kita perteguhkan dalam diri kita semangat insan yang berjiwa “MERDEKA”;

Jiwa Hamba,’
Termenung seketika sunyi sejenak
kosong di jiwa tiada penghuni
hidup terasa diperbudak-budak
hanya suara melambung tinggi
berpusing roda beralihlah masa
berbagai neka hidup di bumi
selagi hidup berjiwa hamba
pasti tetap terjajah abadi
kalau hidup ingin merdeka
tiada tercapai hanya berkata
ke muka maju sekata maju kita
melemparkan jauh jiwa hamba
Ingatkan kembali kata sakti,
dari bahang kesedaran berapi
di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka’
Oleh Usman Awang
Saya bukan orang sastera tapi disebabkan tugasan :-) yang diberikan untuk mencari maksudnya maka saya membuat rujukan di Internet.  Saya pergi ke laman Dewan Bahasa & Pustaka.. Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Cari punya cari saya memang tak tahu nak buat macam mana akhirnya translate satu persatu :smile: ;
Maksud Eksplisit(tersurat) yang hanya pada pandangan peribadi saya

Jiwa Hamba, = Semangat Abdi
Termenung seketika sunyi sejenak = terawang sekejap senyap sementara
kosong di jiwa tiada penghuni = tiada pada badan tanpa yang menghuni
hidup terasa diperbudak-budak = tidak mati merasa dianggap kanak-kanak
hanya suara melambung tinggi = cuma kata-kata yang kuat
berpusing roda beralihlah masa = berputar tayar berubah waktu
berbagai neka hidup di bumi = bermacam talam tidak mati di dunia
selagi hidup berjiwa hamba = selama tidak mati badan abdi
pasti tetap terjajah abadi = tentu kekal tertakluk selamanya
kalau hidup ingin merdeka = jika tidak mati mahu bebas daripada penjajah
tiada tercapai hanya berkata = kosong terlaksana cuma bertutur
ke muka maju sekata maju kita = ke hadapan mara sama menyeluruh mara saya dan kamu semua
melemparkan jauh jiwa hamba = melontarkan tidak dekat semangat abdi
Ingatkan kembali kata sakti, = sedarkan semula tutur hikmat
dari bahang kesedaran berapi = dari hawa bernyala keinsafan membara
di atas robohan Kota Melaka = di atas runtuhan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka = saya dan kamu semua bina diri yang bebas

Maksud Implisit(tersirat) yang hanya pada pandangan peribadi saya
Jiwa Hamba, = Semangat Yang Dijajah
Termenung seketika sunyi sejenak = tidak membuat sebarang perubahan
kosong di jiwa tiada penghuni = bekalan ilmu yang cetek tidak dapat berbuat apa-apa
hidup terasa diperbudak-budak = kebolehan yang ada dipandang rendah
hanya suara melambung tinggi = memang pandai bercakap besar
berpusing roda beralihlah masa = masa sentiasa beredar
berbagai neka hidup di bumi = banyak perkara perlu dibuat
selagi hidup berjiwa hamba = kalau masih berfikiran sempit
pasti tetap terjajah abadi = sudah tentu ditakluk sampai bila-bila
kalau hidup ingin merdeka = jika mahu bebas merdeka
tiada tercapai hanya berkata = jangan hanya pandai bercakap
ke muka maju sekata maju kita = bertindak mencari inisiatif untuk sama-sama maju ke hadapan
melemparkan jauh jiwa hamba = yakin terhadap diri sendiri dengan penuh keberanian
Ingatkan kembali kata sakti, = menghargai semangat perjuangan yang lepas
dari bahang kesedaran berapi = menghayati bagaimana rasa disiksa dan dianiaya
di atas robohan Kota Melaka = kesan daripada kejatuhan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka =
sama-sama kita sematkan dalam diri kita erti kebebasan daripada belenggu penjajah

Semoga dapat sama-sama kita menghayati erti sebenar Kemerdekaan. Mari sama-sama kita hayati saat-saat bersejarah Tanahair kita

p/s: mohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan. Cadangan dan teguran amat dialu-alukan

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Maklumat,Perayaan,Renungan,Rujukan
Senarai keywords:
Share/Bookmark

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Posted on 27th February 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

SALLALLAHUALAIMUHAMMAD..SALLALLAHUALAIWASSALLAM. SALLALLAHUALAIMUHAMMAD..SALLALLAHUALAIWASSALLAM.

YAA NABI SALAM ALAIKA. YAA RASUL SALAM ALAIKA…

Semoga kita semua dapat menghayati dan mengamalkan sunnah Baginda Rasullullah saw. Semoga kita sentiasa bermuhasabah di atas kelalaian yang telah kita lakukan dan membetulkan kesilapan yang lepas. Kita hanya lah insan yang lemah. Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua Muslimin dan Muslimat di Seluruh Dunia.

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Perayaan,Renungan,Rujukan
Senarai keywords:
Share/Bookmark

Happy Chinese New Year

Posted on 14th February 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

A day before yesterday I have been travelled from Perlis to Ipoh about 10.00 pm. Just want to grab a discount that offered by PLUS :-) . I with my family just arrived about 2.00 am. Yesterday my family  were travelled from Ipoh to Kajang. I join too because want to visit my young sister’s in law. During our trip we all saw so many vehicle on the right road. I saw a traffic jam occured from Bukit Beruntung till near to Damansara. How far from our estimate. So pity especially to whom that have a baby and forgot to refill enough fuel. During our trip also we had just tried to discuss how to solve the problem like this.

Actually this problem had occured because there was an accident. No wonder even the road have four lane. All lane were jam and many car were stop. That’s why so pity. There was No Choice except prepare more alternative way so that vehicle could “U” turn. This meant vehicle would turn through a border/divider to come in our way. This is only our suggestion because the distance of traffic jam was too far and many vehicles have to stop as a results of traffic Jam .

 Luckily we never occur any traffic jam from Ipoh to Kajang but we follow the wrong way and took sometimes to found the right way hu!hu! Ops! I had a work to do. Anyway Happy New Year to all who celebrate it.

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails        Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Belajar,Maklumat,Perayaan,Percutian,Renungan
Senarai keywords: ,
Share/Bookmark