Belajar Trading Forex

Salam hormat saya ucapkan kepada semua.. wang bukan segala-galanya namun boleh dikatakan segala-galanya memerlukan wang. Itu lah ungkapan yang semakin kerap diungkapkan lebih lebih lagi dalam era gst di Malaysia. Apa boleh buat itulah dasar yang telah diputuskan yang mana disokong oleh ramai warga Malaysia.  Mungkin kerana desakan hidup atau pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab, mengambil kesempatan memanipulasi sistem, kefahaman menerusi kemampuan akademik, darjat & psikologi golongan-golongan yang lemah.. katanya harga barang turun kerana gst..

Hakikatnya..pahit terpaksa ditelan.

Hidup perlu diteruskan.. Ramai sentiasa berkejaran mencari peluang-peluang menambah pendapatan.. Tersepit.. Tertipu.. Masa menjadi singkat.. Mencari dan mencari jalan keluar untuk menjalani kehidupan yang sangat mencabar. Walau apa pun rintangan dan cabaran.. Pasti ada jalan keluar.. InsyaAllah berusahalah dengan tabah! Fikir dan teliti semasak-masaknya kesan yang bakal berlaku, kaji & rujuk pandangan ramai pihak sebelum mengambil keputusan penyelesaian..

Pada masa kini, sains dan teknologi perlu dimanfaatkan secara optimum, berfikiran terbuka.. Positif dengan hakikat namun tidak sekali-kali mengenepikan syariat & hukum Allah SWT.

Pandangan saya salah satu cara ke arah untuk mendapatkan atau menambah sumber pendapatan ialah Belajar  Forex Trading. Apakah Forex? Forex ialah wang yang ditukar dengan wang dari negara luar(selain negara Malaysia jika anda warga Malaysia)

Bersambung…

Please follow and like us:
error
  

Belajar HTML III

Ini merupakan sambungan daripada yang sebelum ini. Kod-kod atau juga dipanggil tag di bawah ini sangat penting  khususnya dalam pembangunan laman web; Tag dan bentuk yang paling asas html yang digunakan dalam membuat laman web dengan bahasa html; Kita masih lagi menggunakan kaedah manual iaitu TANPA menggunakan NVU atau Dreamveawer. Masih lagi profesional kononnya 🙂 ;

paling asas dalam html

Selepas kita taip pada notepad dan save sebagai index.html dan kita open pada browse; Cuba lihat pada atas kita akan nampak tajuknya;

homepage

Seterusnya kita cuba tambah gambar, warna dan tag-tag yang berkaitan seperti;

homepage edit

Sekarang ni kedudukan folder jadi begini;

folder laman ditambah dengan images

fail gambar(image) kita letak dalam folder images. Sebagai contoh saya letak gambar khairil.jpg, maka apabila kita browse dengan guna IE akan nampak seperti berikut ;

laman_saya

Saya masih belum menggunakan localhost lagi ni. Bagaimana nak guna localhost? . Semoga berjumpa lagi di lain kali 🙂

++++++++++++++++++

“mencari kelainan dengan cara tersendiri”

jom buat blog dot com

 

Please follow and like us:
error
  

Kod Warna

Posted on 20th November 2009 by Mohd Khairudin in Maklumat,Pendidikan,Rujukan,Tutorial - Tags: , ,

Dalam kehidupan kita, warna yang wujud di sekeliling dapat memberi tarikan dan memberi reaksi tersendiri kepada otak dalam menerima dan menghantar mesej. Bagi laman web warna juga memainkan peranan yang penting dalam menarik para pengunjung. Pemilihan warna dan corak merupakan tarikan yang tersendiri umumnya apabila sesuai dengan tema dan konsep laman tersebut. Entri pada kali ini saya ingin membongkar dan berkongsi tentang kod dan warna yang biasa dilihat pada laman web dan ia merupakan html kod bagi warna. Baiklah mari kita lihat warna apa yang ada;

Hitam  black kodnya ialah 000000

Perang brown kodnya ialah A52A2A

Merah  red kodnya ialah FF0000

Jingga  orange kodnya ialah FFA500

Kuning yellow kodnya ialah FFFF00

Hijau     green kodnya ialah 008000

Biru       blue kodnya ialah 0000FF

Ungu     purple kodnya ialah 800080

Kelabu  gray kodnya ialah 808080

Putih     white kodnya ialah FFFFFF

Masih banyak lagi warna-warna lain dan kod-kodnya. Jika diperhatikan betul-betul urutan kod warna apakah yang saya paparkan ?

Semoga berjumpa lagi

Jom buat blog sendiri

Please follow and like us:
error
  

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator

 2006-2019 | www.mohdkhairudin.com | Part Time Trader Since 2006
10 visitors online now
5 guests, 5 bots, 0 members
Max visitors today: 14 at 05:31 am UTC
This month: 23 at 06-12-2019 11:03 am UTC
This year: 44 at 01-07-2019 12:07 am UTC
All time: 133 at 02-01-2017 04:09 am UTC