Pampers Menjadi Keperluan Si Kecil

Posted on 20th February 2010 by Mohd Khairudin   Online   (2)

Rasanya cukuplah seketika aku belajar menulis bahasa orang puteh tu. Kalau nak praktikkan dengan cara bercakap sikit je dapat sekejap lagi keluar la ” Mat Salleh celup”, “bau budu..” dan sebagainya.  Hari ni aku nak menulis dalam Bahasa Melayu. Hari ni hujung minggu, anak-anak tidak dihantar ke rumah pengasuh..Asyraf dan Khairil berada di rumah. Pengasuh boleh rehat sikit. Hari ni mama dengan abah anggap suara kamu berdua seumpama muzik yang dapat memberi sumber inspirasi. Sementara korang berdua main kejar-kejar dalam rumah dengan kenderaan masing-masing abah nak buka internet sekejap. Jangan sampai tercedera sudah. Sebab malang tidak berbau. Haru biru dan riuh rendah dalam rumah ni dibuatnya.

(read more…)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Keluarga,Renungan,Rumah
Senarai keywords: , , , , , ,
Share/Bookmark

Minum Petang

Posted on 25th January 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Hari ni saya nak berkongsi tentang kerja dan makan, jika pasal minum seharusnya 12 gelas sehari sekurang-kurangnya. Setiap kali saya tidak sarapan atau sarapan sikit atau lewat sarapan..Makan tengahari terus, sampai saja waktu petang badan rasa sangat penat. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada keadaan persekitaran kerja dan jenis kerja yang kita lakukan setiap hari. Penat bekerja dalam “air cond” tidak sama dengan “udara semulajadi”, ini hanya pendapat saya sahaja. Sebagai contoh kita main sukan waktu malam seperti badminton, sepaktakraw, berbasikal dan sebagainya..Kita rasa tenaga kita lain betul tak? Betul la tu. Lebih kurang apabila kerja dalam suasana “air cond” selama 8 jam lepas tu keluar dari tempat kerja memang dapat kita bezakan peralihan suhu yang meletihkan. Begitu juga jika kita bekerja dalam kilang dengan bahangnya bercampur panas sejuk, ada air cond tak ada air cond memang meletihkan badan. Mari kita renung teori kerja:

KERJA = DAYA x JARAK YANG DILALUI

W = F x d (Nm)

(read more…)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Maklumat,Rumah
Senarai keywords: ,
Share/Bookmark

Burung Apa? Burung Murai.. Burung Apa? Burung Layang-Layang

Posted on 20th January 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Entri ini hanya sekadar menghayati keindahan ciptaan Yang Maha Kuasa. Adik kakak mari-mari kita sama-sama cuci mata melihat seekor burung yang entah dari mana terlepas masuk ke rumah ambo nih. ” Abah bird!”..”Abah bird!” Ingatkan nak masuk toilet rupa-rupanya ada seekor burung dalam rumah. Anak saya bagitau ada burung masuk rumah. Lama juga kami memburu burung ni dalam rumah untuk diselamatkan. Lama juga makhluk ni nak mengalah dan akhirnya berjaya memegang dan menggosok bulunya.

Inilah dia burung yang menjadi kegilaan segelintir kaki bisnes, yang mempunyai bangunan tinggi dan bangunan lama. Modus operandi mereka seperti biasa menggunakan tape untuk memanggil dan memikat burung-burung ini. No wonder ada yang sanggup membuat bangunan semata-mata untuk bisnes sarang burung. Bunyi hiruk pikuk, riuh rendah sudah tidak dihiraukan lagi asalkan masyuk. Walaupun begitu rasanya tak boleh challenge dengan sarang burung yang ada dalam gua. Mai Secawan agaknya berapa kosnya ya untuk satu sarang burung ni.

(read more…)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails        Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Maklumat,Renungan,Rumah
Senarai keywords: , ,
Share/Bookmark