Tahniah Kepada Skuad Harimau Muda

Posted on 22nd November 2011 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Ibu segala pingat dalam Sukan Sea iaitu pingat Emas bagi acara bolasepak akhirnya berada dalam genggaman kontinjen Kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan Malaysia yang berjaya merangkul kejuaraan dalam acara bolasepak selepas berhempas pulas sehingga kepada penentuan sepakan penalti(5-4). Sekaligus Malaysia berjaya memenangi Emas secara berturut-turut dalam acara ini.  Walaupun menaiki kenderaan “Baracuda” dek tekanan dan layanan yang diberikan oleh para penyokong Indonesia..(semangat kesukanan mende diorang nih) namun skuad bimbingan Ong Kim Swee akhirnya berjaya meraih emas yang ke 59 dalam Sukan SEA ke-26. Tahniah di atas kejayaan tersebut. Sekaligus fenomena ini akan menyemarakkan lagi sukan bolasepak Tanahair kita.. ni yang membuat rasa gatal kaki :-) keh! keh! keh!

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Sukan
Senarai keywords:
Share/Bookmark

Perlawanan Akhir Piala FA Edisi Ke-22

Posted on 12th June 2011 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Sejak dari dulu lagi saya jadi risau kalau team yang kita sokong dapat jaringan awal..Nampaknya hasrat Kelantan untuk membawa pulang Piala FA sekali lagi tak kesampaian. Hanya tinggal beberapa minit atau seminit..dua saja lagi untuk Kelantan dinobatkan sebagai Juara Piala FA tahun 2011. Namun harapan berkecai selepas berjaya disamakan pada minit-minit terakhir oleh pemain Terengganu dan kemudiannya mengheret ke masa tambahan. Pada masa tambahan terengganu berjaya mengatasi Kelantan dengan menambah satu jaringan..Jadi keputusan Perlawanan Akhir Piala FA 2011 Terengganu 2 Kelantan 1.

Walau apa pun tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana berjaya ke Peringkat Akhir. Menang..Kalah itu adat perlawanan, yang penting main bagus..semangat kesukanan yang tinggi. Gol sendiri yang dijaringkan oleh Daudsu sememangnya di luar kawalan dia dalam keadaan larian sebegitu..Saya juga pernah masa dulu buat gol sendiri..Yakin boleh “clear” bola dari kawasan pintu gol tapi bola tetap menerjah jaring..Lepas tu terus tukar posisi main kat atas. Majulah sukan untuk semua..

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Sukan
Senarai keywords:
Share/Bookmark

Larian Serentak 1Malaysia

Posted on 2nd December 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Lari-lari..kita lari..siapa mahu lari boleh lah mendaftar untuk Larian Serentak yang akan diadakan pada 11 /12/2010 ni. Tarikh tutup penyertaan 06/12/2010.  Apa-apa pun sama-sama lah kita menyokong usaha-usaha positif seperti ini.  Atlet-atlet kita telah banyak menyumbang dalam menaikkan nama negara kita dalam dan luar negeri, di pentas antarabangsa.  Dalam pada itu, bersama lah kita fokus ke arah memperkukuhkan perpaduan sesama kita.  Program seperti ini sebenarnya dapat menambah kenalan disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. Program seperti ini juga sedikit sebanyak dapat membendung gejala-gejala negatif selain dapat memupuk gaya hidup yang sihat.  Semoga program ini akan berjalan dengan lancar dan terkawal.  Jadi..marilah kita sama-sama menjayakannya dan jangan lupa untuk memastikan alam sekitar terpelihara..Botol-botol, plastik-plastik minuman buang dalam tong ya serta pergaulan juga mesti dijaga :-)

p/s: Maklumat lanjut sila layari www.yakeb.org.my

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Maklumat,Sukan
Senarai keywords:
Share/Bookmark

Mengenang Detik Penang Bridge International Marathon(PBIM) 2010

Posted on 25th November 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Pada hari sabtu yang lepas kami sekeluarga telah bertolak ke Pulau Mutiara di mana tempat bermulanya Larian Penang Bridge International Marathon(PBIM) 2010.  Kami mencari-cari arah di mana letaknya hotel yang telah ditempah.  Cadangnya mahu tinggal di hotel Estin tapi biasalah lambat buat tempahan so full.  Maka terpaksalah ambil kawasan Geogtown.  Tanpa menggunakan GPS dan hanya menggunakan peta yang diprint daripada Google Maps kemudian sampai juga ke hotel R**al Penang.  Semasa membuat tempahan saya telah memaklumkan bahawa saya ingin tempah sekali dengan transport ke Queensbay Mall di mana berlangsungnya start & finish PBIM.  Jadi bayaran akan dicaj sekali dengan transport iaitu tambah RM10.

Walaubagaimanapun selepas tiba di hotel tersebut mereka kata transport sudah penuh dan tiada nama saya dalam senarai untuk transport ke PBIM program.  Haiyaa! Begini lah jadinya bila sesuatu perkara dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan diambil mudah. Kan dah tak pasal-pasal aku tulis di blog.  Dah la pukul 12.30 malam nak kena pergi ke Queensbay..apa nak buat dah alang-alang sampai ke Penang so naik teksi je lah RM40.00..huhu! Maka sampai lah ke tempat program.

(read more…)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Sukan
Senarai keywords:
Share/Bookmark

Juara Piala Dunia 2010

Posted on 12th July 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Awal pagi tadi terjawab sudah persoalan tentang pasukan bolasepak negara manakah yang akan menjulang Piala Dunia 2010. Pertembungan di antara Belanda dan Sepanyol yang memakan masa lebih kurang 121 minit memang sengit. Perlawanan terikat 0-0 sehingga di heret ke masa tambahan. Akhirnya pada minit ke 115 Andres Iniesta berjaya menewaskan penjaga gawang Belanda hasil daripada hantaran oleh Cesc Fabregas. Dengan keputusan jaringan Sepanyol 1 Belanda 0 maka berakhirlah harapan Jurulatih Belanda untuk meninggalkan skuad Orange dengan Hadiah yang berprestij itu. Maka Sepanyol telah dinobatkan selaku Juara Bolasepak Piala Dunia 2010. Tahniah buat Gergasi Bolasepak Eropah, Sepanyol.

Semoga selepas ini pasukan negara kita juga akan mampu bersaing dan bertambah maju di persada antarabangsa seiring dengan semangat Malaysia Boleh! di arena bolasepak

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails        Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Sukan
Senarai keywords: ,
Share/Bookmark