Sejak dari dulu lagi saya jadi risau kalau team yang kita sokong dapat jaringan awal..Nampaknya hasrat Kelantan untuk membawa pulang Piala FA sekali lagi tak kesampaian. Hanya tinggal beberapa minit atau seminit..dua saja lagi untuk Kelantan dinobatkan sebagai Juara Piala FA tahun 2011. Namun harapan berkecai selepas berjaya disamakan pada minit-minit terakhir oleh pemain Terengganu dan kemudiannya mengheret ke masa tambahan. Pada masa tambahan terengganu berjaya mengatasi Kelantan dengan menambah satu jaringan..Jadi keputusan Perlawanan Akhir Piala FA 2011 Terengganu 2 Kelantan 1.
Walau apa pun tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana berjaya ke Peringkat Akhir. Menang..Kalah itu adat perlawanan, yang penting main bagus..semangat kesukanan yang tinggi. Gol sendiri yang dijaringkan oleh Daudsu sememangnya di luar kawalan dia dalam keadaan larian sebegitu..Saya juga pernah masa dulu buat gol sendiri..Yakin boleh “clear” bola dari kawasan pintu gol tapi bola tetap menerjah jaring..Lepas tu terus tukar posisi main kat atas. Majulah sukan untuk semua..
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris?
Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam:
SukanSenarai keywords:
Piala FA 2011
Lari-lari..kita lari..siapa mahu lari boleh lah mendaftar untuk Larian Serentak yang akan diadakan pada 11 /12/2010 ni. Tarikh tutup penyertaan 06/12/2010. Apa-apa pun sama-sama lah kita menyokong usaha-usaha positif seperti ini. Atlet-atlet kita telah banyak menyumbang dalam menaikkan nama negara kita dalam dan luar negeri, di pentas antarabangsa. Dalam pada itu, bersama lah kita fokus ke arah memperkukuhkan perpaduan sesama kita. Program seperti ini sebenarnya dapat menambah kenalan disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. Program seperti ini juga sedikit sebanyak dapat membendung gejala-gejala negatif selain dapat memupuk gaya hidup yang sihat. Semoga program ini akan berjalan dengan lancar dan terkawal. Jadi..marilah kita sama-sama menjayakannya dan jangan lupa untuk memastikan alam sekitar terpelihara..Botol-botol, plastik-plastik minuman buang dalam tong ya serta pergaulan juga mesti dijaga
p/s: Maklumat lanjut sila layari www.yakeb.org.my
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris?
Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam:
Maklumat,
SukanSenarai keywords:
larian serentak 1malaysia
Pada hari sabtu yang lepas kami sekeluarga telah bertolak ke Pulau Mutiara di mana tempat bermulanya Larian Penang Bridge International Marathon(PBIM) 2010. Kami mencari-cari arah di mana letaknya hotel yang telah ditempah. Cadangnya mahu tinggal di hotel Estin tapi biasalah lambat buat tempahan so full. Maka terpaksalah ambil kawasan Geogtown. Tanpa menggunakan GPS dan hanya menggunakan peta yang diprint daripada Google Maps kemudian sampai juga ke hotel R**al Penang. Semasa membuat tempahan saya telah memaklumkan bahawa saya ingin tempah sekali dengan transport ke Queensbay Mall di mana berlangsungnya start & finish PBIM. Jadi bayaran akan dicaj sekali dengan transport iaitu tambah RM10.
Walaubagaimanapun selepas tiba di hotel tersebut mereka kata transport sudah penuh dan tiada nama saya dalam senarai untuk transport ke PBIM program. Haiyaa! Begini lah jadinya bila sesuatu perkara dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan diambil mudah. Kan dah tak pasal-pasal aku tulis di blog. Dah la pukul 12.30 malam nak kena pergi ke Queensbay..apa nak buat dah alang-alang sampai ke Penang so naik teksi je lah RM40.00..huhu! Maka sampai lah ke tempat program.
(read more…)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris?
Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam:
SukanSenarai keywords:
penang bridge international marathon 2010