Ramalan Pergerakan Bitcoin

Posted on 11th March 2018 by Mohd Khairudin in Belajar,Maklumat,Rujukan,Technical Analisis - Tags:

Salam hormat diucapkan kepada semua. Alhamdulillah syukur di atas nikmat yang dikurniakan Allah SWT. Sebelum ini saya ada kongsikan ramalan atau jangkaan tentang pergerakan harga Cryptocurrency Bitcoin..boleh dikatakan menepati jangkaan..Anda boleh lihat di pautan ini. Jangkaan saya sebelum ini harga Bitcoin akan turun.. cuma emas agak perlahan untuk naik. Bitcoin sebelum ni betul betul menyentuh paras harga sekitar 5910, 5911(1 Bitcoin bersamaan dengan 5910 US Dollar..)

Sekarang mari kita lihat candlesticks chart di bawah:

Berdasarkan Candlesticks chart di atas, harga Bitcoin sekarang berada pada paras sekitar 9213,9214. Ini menunjukkan tanda-tanda pergerakan harga Bitcoin lebih memihak kepada penurunan harga. Walaupun begitu, dengan merujuk weekly timeframe, pada pandangan saya jika price open next week lebih rendah daripada harga “support” sekitar <9214/5 Bitcoin possible akan membuat penurunan semula ke paras support sekitar 5910 dan boleh jadi turun lagi sehingga sekitar 4972. Apa-apa pun jangkaan, berita-berita mengejut, bencana, perubahan polisi.. boleh merubah pergerakan pasaran.. Pandangan ini hanya dari sudut Teknikal.. keep in touch to view the chart, economic calendar & breaking news.. Happy investing & Trading!

Please follow and like us:
  

Emas dan Bitcoin

Posted on 28th January 2018 by Mohd Khairudin in Maklumat,Technical Analisis - Tags: , , ,

Salam hormat kepada semua pelawat blog. Saya ingin berkongsi tentang analisis ringkas untuk nilai Emas dan Bitcoin. Secara teknikalnya nilai emas masih lagi menunjukkan tanda-tanda untuk terus membuat pendakian.. ya.., emas akan terus naik jika harga masih berada atas/sekitar 1317 hingga 1337 US Dollar.. inshaAllah.

Hanya sekadar jangkaan.. jika benar-benar bergerak naik.. harga berkemungkinan akan mencecah atau melepasi kawasan “green horizontal line”(1472).

Manakala matawang crypto yang boleh dikatakan menjadi fenomena pada masa kini.. buka sahaja internet..buka email je boleh lihat iklan iklan nya yang berselerak 🙂 tak lain tak bukan Bitcoin.

Bitcoin sekarang dianggarkan bernilai sekitar 10590, 11369 US Dollar untuk 1 BTC (satu Bitcoin) .. harganya sudah pastinya sentiasa berubah dari semasa ke semasa dan Bitcoin didagangkan 24 jam tanpa henti.

Walaubagaimanapun secara teknikalnya Bitcoin menunjukkan tanda-tanda untuk turun lagi.. hanya sekadar jangkaan 🙂

Trade on your own risk

*sila berhati-hati dengan skim skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal

*sila berwaspada dengan skim skim pelaburan yang diuruskan oleh kumpulan-kumpulan ataupun kelab di mana berunsurkan manipulasi keuntungan daripada network-network kerana sampai satu masa mereka pada bila-bila masa boleh melingkupkan wang anda

*selidik betul betul dan mulakan pelaburan dengan jumlah yang anda mampu tanggung atau terima kenyataan sekiranya berlaku kerugian

Please follow and like us:
  

Harga Bahan Api Di Malaysia

Posted on 17th December 2017 by Mohd Khairudin in Maklumat,Rujukan,Umum - Tags: , , , , ,

Salam hormat saya ucapkan kepada semua pelawat dan pembaca blog. Hari ini saya ingin berkongsi tentang harga bahan api di Malaysia. Harga bahan api iaitu minyak petrol(Ron95 dan Ron97) dan diesel seperti mana yang kita sedia maklum bahawa kiraannya berdasarkan naik atau turunnya harga minyak mentah dunia. Berikut merupakan “Candlesticks Chart” mingguan untuk harga minyak mentah dunia (Crude Oil):

Berdasarkan “Candlesticks Chart” di atas(terdapat sedikit perbezaan nilai mungkin berlaku kerana perbezaan harga jual beli jika dirujuk dengan Chart yang disediakan oleh broker yang berlainan)Pada minggu lepas(11-15/12/2017), dagangan minyak mentah dibuka pada harga US Dollar 57.17 setong($57.17/barrel),kemudian meningkat naik sehingga $58.55 setong pada hari Selasa(12/12/2017). Selepas itu dagangan menurun sehingga $56.09 setong pada hari Khamis(14/12/2017). Walaupun begitu, harga minyak mentah kembali menokok sehingga $57.47 dan ditutup dagangan minggu lepas pada harga $57.36 setong. Secara keseluruhannya kita dapat lihat sedikit kenaikan daripada harga dagangan dibuka pada Candlesticks. Jom kita sama-sama lihat rentetan harga bahan api di Malaysia.. Ops! Sebelum tu mari kita lihat harga minyak Petrol dan Diesel di Malaysia pada minggu lepas (selepas pengumuman hari Rabu;06/12/2017):-

Harga Minyak Petrol Ron95 : RM2.25/Liter (turun empat sen)

Harga Minyak Petrol Ron97 : RM2.52/Liter (turun lima sen)

Harga Minyak Diesel : RM2.20/Liter (turun satu sen)

Baiklah jom kita lihat rentetan harga bahan api di Malaysia selepas kiraan berdasarkan harga minyak mentah dunia bermula setiap bulan(Jan-Mac 2017) dan setiap Minggu(bermula Mac2017):

Mac 2017:

Harga Minyak Petrol Ron95 : RM2.30/Liter (tiada perubahan)

Harga Minyak Petrol Ron97 : RM2.60/Liter (tiada perubahan)

Harga Minyak Diesel : RM2.20/Liter (naik lima sen)

Februari 2017:

Harga Minyak Petrol Ron95 : RM2.30/Liter (naik dua puluh sen)

Harga Minyak Petrol Ron97 : RM2.60/Liter (naik dua puluh sen)

Harga Minyak Diesel : RM2.15/Liter (naik sepuluh sen)

Januari 2017:

Harga Minyak Petrol Ron95 : RM2.10/Liter

Harga Minyak Petrol Ron97 : RM2.40/Liter

Harga Minyak Diesel : RM2.05/Liter

Please follow and like us:
  

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator

 2006-2018 | www.mohdkhairudin.com | Part Time Trader Since 2006
10 visitors online now
4 guests, 6 bots, 0 members
Max visitors today: 16 at 06:30 am UTC
This month: 22 at 10-12-2018 04:42 am UTC
This year: 45 at 07-17-2018 02:08 pm UTC
All time: 133 at 02-01-2017 04:09 am UTC