Selamat Hari Raya Aidil Adha

Posted on 13th September 2016 by Mohd Khairudin in Perayaan,Sambutan - Tags: , ,

Syukur.. Alhamdulillah! Aidil Adha menjelma lagi.  Semoga Aidil Adha yang disambut dapat memberi kesan yang terbaik kepada diri kita.. inshaAllah..

Saya & seluruh ahli keluarga mengambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf kepada semua sanak saudara & kenalan samada “online” atau “offline” atas segala salah dan silap yang telah saya atau kami lakukan.  Berkorban lah dengan penuh keikhlasan, bersedekah & tingkatkan amal jariah serta eratkan silaturrahim..

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1437.. Semoga kita semua sentiasa berada dalam limpahan Rahmat & keredhaan Allah SWT.  

  

Ketupat Palas

Posted on 16th August 2016 by Mohd Khairudin in Makanan,Perayaan,Sambutan - Tags: ,

Salam hormat kepada semua pembaca dan pelawat blog.. Memandangkan penggunaan apps boleh dioptimumkan buat masa ni, mulai semalam, hari ni dan inshaAllah pada masa hadapan saya tulis guna hanset je..(sebelum ni wordpress apps ni tersadai je ­čÖé )
nak baca lagi klik sini…

  

Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

Posted on 16th August 2012 by Mohd Khairudin in Perayaan - Tags: ,

Salam Sejahtera kepada semua, saya sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf zahir dan batin kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.  Semoga Syawal yang menjelang tiba dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kita dalam menuju tujuan hidup sebagai khalifah.  Sama-sama kita meraikan Hari Kemenangan dengan penuh keinsafan.  Semoga selamat pergi dan pulang beraya, Ingat orang tersayang.  Selamat Hari Raya Aidil Fitri bagi tahun 1433 Hijrah.

  

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator