Perlawanan Akhir Piala FA Edisi Ke-22

Posted on 12th June 2011 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Sejak dari dulu lagi saya jadi risau kalau team yang kita sokong dapat jaringan awal..Nampaknya hasrat Kelantan untuk membawa pulang Piala FA sekali lagi tak kesampaian. Hanya tinggal beberapa minit atau seminit..dua saja lagi untuk Kelantan dinobatkan sebagai Juara Piala FA tahun 2011. Namun harapan berkecai selepas berjaya disamakan pada minit-minit terakhir oleh pemain Terengganu dan kemudiannya mengheret ke masa tambahan. Pada masa tambahan terengganu berjaya mengatasi Kelantan dengan menambah satu jaringan..Jadi keputusan Perlawanan Akhir Piala FA 2011 Terengganu 2 Kelantan 1.

Walau apa pun tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana berjaya ke Peringkat Akhir. Menang..Kalah itu adat perlawanan, yang penting main bagus..semangat kesukanan yang tinggi. Gol sendiri yang dijaringkan oleh Daudsu sememangnya di luar kawalan dia dalam keadaan larian sebegitu..Saya juga pernah masa dulu buat gol sendiri..Yakin boleh “clear” bola dari kawasan pintu gol tapi bola tetap menerjah jaring..Lepas tu terus tukar posisi main kat atas. Majulah sukan untuk semua..

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Sukan
Senarai keywords:
Share/Bookmark

Adik & Abang Main Elok-elok

Posted on 8th June 2011 by Mohd Khairudin   Online   (1)

Bila kita sebut tentang “Sambung Belajar”, pelbagai perkara yang mesti dipertimbangkan bergantung kepada keadaan masing-masing.  Keperluan dan kehendak turut dititikberatkan dalam menguruskan diri bagi mencapai matlamat untuk membangunkan diri sendiri.  Halangan dan cabaran pastinya satu demi satu akan tiba selagi urusan hidup berjalan seperti biasa.  Strategi pembelajaran sudah pastinya berbeza antara individu dengan mereka yang telah berkeluarga sendiri.  Faktor kekangan yang mungkin menjadi halangan utama ialah masa dan kewangan.

Walaupun begitu, hal-hal lain mungkin ada seperti faktor kesihatan, kesedaran, sikap, motivasi…turut menjadi belenggu dalam kemajuan diri.  Bagi mereka yang “fresh” akan berbeza kebolehan jika dibandingkan dengan yang telah bekerja dalam menerima pelajaran..khususnya dalam bidang yang berlainan.  Selain itu, mereka yang telah berkeluarga mungkin dilema antara tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak manakala yang bujang pula mungkin risau(serabut) dengan pemilihan pasangan..atau mak dan ayah di kampung.

(read more…)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Belajar,Keluarga,Pendidikan,Renungan
Senarai keywords: , ,
Share/Bookmark

Tiramisu

Posted on 26th May 2011 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Enak sungguh merasa Tiramisu sempena ulang tahun kelahiranku yang ke-28.  Terima kasih buat isteri yang sudi berbelanja untuk menyambut kelahiranku.  Biasanya kalau makan kek selalu rasa “muak” tapi tiramisu ni tak pula rasa muak..maybe sebab vanilla..Oh! Satu lagi sebab tengok cerita Tiramisu wakaka..!

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Makanan,Umum
Senarai keywords:
Share/Bookmark

Selamat Hari Guru

Posted on 24th May 2011 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang telah mendidik saya.  Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang sama-sama berjuang semasa sama-sama berada di rumah sewa, sekolah…Mari sama-sama kita renung tema-tema hari guru semenjak tahun 1972 hingga 2011; Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara, Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan, Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi, Guru Dalam Pembangunan Negara, Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan, Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan, Guru Pembentuk Generasi Akan Datang, Murid Sejahtera Negara Jaya, Pendidikan Teras Perpaduan Negara, pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat, ke Arah Kecekapan Guru dan Pendidikan Bermutu, Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan, Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan, Guru dan Masyarakat Asas kemajuan Pendidikan, Pendidikan Teras Nasionalisme, Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan, Guru Pengasas Budaya membaca, Guru Pembina Budaya Ilmu, Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera, Ke Arah Pendidikan Cemerlang, Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan, Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan, Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia, Guru Bestari Sekolah Bestari, Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama, Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang, Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan, Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama, Guru Berkualiti Aspirasi Negara, Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan, Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan, Guru Penjana Modal Insan, Guru Cemerlang Negara Terbilang, Guru Pembina Negara Bangsa, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.  Selamat Menyambut Hari Guru tahun 2011.

 

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Pendidikan,Renungan
Senarai keywords:
Share/Bookmark

Rebus Air Tanpa Menggunakan Tenaga Elektrik @ Dapur Gas @ Api

Posted on 28th March 2011 by Mohd Khairudin   Online   (4)

Maybe ada yang berminat untuk membaca dan melihat post saya sebelum ni.  Sumber Tenaga pada masa kini semakin hari semakin sukar.  Ramai masyarakat dunia telah mengaplikasikan tenaga yang percuma dan mesra alam.  Tenaga Suria telah lama digunapakai oleh negara-negara Maju untuk tujuan peindustrian dan Domestik.  Walaupun begitu Malaysia juga telah mengorak langkah dalam industri Solar ni.  Di Malaysia pun sudah banyak produk-produk berasaskan tenaga solar seperti kereta, lampu jalan, pemanas air dan sebagainya.  Alhamdulillah berfungsi juga produk yang dimodifikasi untuk merebus air dalam masa yang lebih singkat:

Kapasiti : 1.5 Liter

Tempoh Sebelum: Lebih Kurang dua jam setengah baru mencapai 100 degree celcius

Tempoh Selepas : Dua jam sepuluh minit mencapai 100 degree celcius(bergantung kepada pancaran cahaya matahari).

Teori: Pemindahan Haba(Radiasi, Pengaliran dan Perolakan)

Kegunaan: Masak air (sesuai untuk kegunaan domestik atau aktiviti “outdoor” seperti camping, picnic and so on).

CATIA Assembly Drawing: (read more…)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails        Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Belajar,Kongsi Produk,Maklumat,Pendidikan,Renungan,Rujukan,Teknologi
Senarai keywords: , , ,
Share/Bookmark