Salam Perkenalan

Posted on 24th April 2009 by Mohd Khairudin   Online   (4)

Mulai saat ini saya tidak lagi menggunakan domain kayablogger.com kerana saya telah mempunyai nama domain atas nama saya sendiri. Saya memang mengidamkan nama domain atas nama sendiri dan tidak sangka domain ini masih tiada siapa yang punya. Baru sekarang saya faham bahawa setiap nama domain yang didaftarkan tidak boleh dilupuskan sehingga berakhirnya tempoh tamat yang telah ditetapkan semasa proses pembelian. Ini adalah kerana nama domain didaftarkan untuk seluruh dunia. Jadi ini lah sebagai perkongsian pertama yang boleh saya sampaikan untuk blog terbaru saya ni. Mungkin selepas ini saya akan masukkan balik isi-isi yang penting yang mana terdapat dalam kayablogger.com. Jadi kepada mereka yang ingin memiliki Blog atas nama sendiri, periksa lebih awal kerana mungkin nama yang anda idamkan sudah dimiliki oleh orang lain. Oh, ya! hampir saya lupa, sebelum ini saya ada juga hajat nak guna nama domain www.khairul.com tapi bila saya minta quotation daripada syarikat yang memiliki nama domain ni, kira saja nak tahu berapa. mak ai harga dia mencecah RM10000.00. fuh! Jadi ni lah serba sedikit tentang nama domain dan Salam Perkenalan daripada Blog MohdKhairudin Dot Com. Hari ini hari Jumaat kira ok la tu untuk melancarkan Blog ni :-)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails        Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Pengenalan
Senarai keywords: , , , ,
Share/Bookmark