AirCond Kereta Rosak
Akhir-ahir ni kereta asyik buat hal saja. Bawa kereta on aircond full pun masih tak sejuk. Periksa punya periksa ingatkan gas aircond sudah habis, jadi pergi lah tambah gas aircond. Selang beberapa hari lepastu benda yang sama berulang lagi. Aku mulai pening memikirkan masalah ni. Nak tak nak aku bukannya pomen atau pemilik kedai services aircond. So pergi lah sekali lagi tapi kali ni letak kereta di kedai services aircond selepas berjaya kenal pasti punca masalah. Kali ni lain sebab pemilik kedai memang memberi komitmen yang memuaskan. Ya lah air cond je pun(tapi basah juga lah baju dibuatnya). Hantar pagi sabtu kemudian ambil petang ahad. Kawasan paip penghawa dingin yang bocor dipotong dan dikimpal. Semasa pergi ambil pada petang ahad nampak macam dah ok lagipun sudah satu hari berada di kedai penghawa dingin tersebut.