Powered by Max Banner Ads 

Belajar HTML III

Ini merupakan sambungan daripada yang sebelum ini. Kod-kod atau juga dipanggil tag di bawah ini sangat penting  khususnya dalam pembangunan laman web; Tag dan bentuk yang paling asas html yang digunakan dalam membuat laman web dengan bahasa html; Kita masih lagi menggunakan kaedah manual iaitu TANPA menggunakan NVU atau Dreamveawer. Masih lagi profesional kononnya :-) ;

paling asas dalam html

Selepas kita taip pada notepad dan save sebagai index.html dan kita open pada browse; Cuba lihat pada atas kita akan nampak tajuknya;

homepage

Seterusnya kita cuba tambah gambar, warna dan tag-tag yang berkaitan seperti;

homepage edit

Sekarang ni kedudukan folder jadi begini;

folder laman ditambah dengan images

fail gambar(image) kita letak dalam folder images. Sebagai contoh saya letak gambar khairil.jpg, maka apabila kita browse dengan guna IE akan nampak seperti berikut ;

laman_saya

Saya masih belum menggunakan localhost lagi ni. Bagaimana nak guna localhost? . Semoga berjumpa lagi di lain kali :-)

++++++++++++++++++

“mencari kelainan dengan cara tersendiri”

jom buat blog dot com

 

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)

Tags: , , ,   Dicoretkan dalam Blogger, HTML, Pendidikan, Rujukan

Belajar HTML I

Semalam saya telah membuat entri berkenaan dengan HTML. Pada hari ini saya nak sambung lagi tentang belajar html. Baiklah bagaimana kita boleh wujudkan fail ie dan fx. Terdapat lebih daripada satu kaedah yang boleh digunakan :-) . Langkah yang paling mudah ialah buka notepad notepad kemudian cuba kita tulis ” saya sedang belajar membuat laman web menggunakan bahasa html” dengan saiz bebas dan huruf tebal serta kita letakkan ia di tengah seperti berikut;

indexhtmlSelepas selesai taip apa yang kita mahu kemudian kita mesti save as dalam nama fail samada .html atau .htm. Maka dapatlah fail seperti di bawah bergantung kepada browse yang kita pakai(jika IE maka rupa IE lah, jika Firefox rupa Firefox lah :-) ) ;  

Lihat sekarang ia jadi html failDan jika kita double klik atau open fail ni pada browse kita akan lihat;

Contoh Laman Web Menggunakan HTML

Soal kenapa mesti index(index.html atau index.htm) saya pun tak berapa faham hee :-) . Yang saya tahu jika kita ada satu folder cthnya belajar_html dan di dalamnya ada fail html index.html. Atau kita upload kan ke server, biasanya dalam folder public_html. Jika kita buka fail belajar_html maka akan secara automatik memaparkan fail index.html. Semoga berjumpa lagi pada tutorial seterusnya :-)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)

Tags: ,   Dicoretkan dalam HTML, Pendidikan, Rujukan

Belajar HTML

Sudah lama rasanya tidak mengajar orang. Dalam masa belajar ilmu berkaitan laman web adalah baik kiranya kita berkongsi atau berbincang serba sedikit tentang bahasa laman web. Entri untuk kali ini mungkin tidak sesuai bagi yang telah celik IT :-) . Bagi mereka yang berada pada tahap intermediate dan advance mungkin entri ini akan mengakibatkan anda berasa muak. Sebenarnya entri ini khas untuk dikongsi bertujuan bagi memudahkan kerja -kerja atas talian yang mungkin sudah lupa dan tak perlu untuk membuka buku. 

Baiklah jika bahasa komputer biasanya melibatkan Visual Basic, apakah bahasa bagi Laman Web? Khas untuk mereka yang baru nak kenal laman web. Laman Web pula ada minisite, homepage, portal dsb. Ok bahasa bagi laman web banyak dan bergantung kepada kegunaannya. Contohnya HyperText Markup Language(HTML) merupakan asas dalam membuat laman web. Jika ingin memiliki laman web yang “dynamic” atau boleh berinteraksi seperti penghantaran dan penyimpanan data boleh juga menggunakan PHP. Oleh sebab PHP merupakan bahasa yang boleh didapati secara terbuka atau “Open Source” dan ia senang digunakan maka ia merupakan bahasa yang paling banyak digunakan di laman-laman web pada masa kini. Selain itu Java, asp, aspx dan banyak lagi turut digunakan untuk membangunkan laman web.

Eeii betul ke ni ? Huhu! Baiklah apa yang telah saya faham dan sukacitanya saya berkongsi tentang asas dalam HTML ialah ; Fail untuk laman web bagaimana rupanya ?  internet explorer(IE)

Sekarang kita lihat pula jika kita menggunakan Mozilla Firefox;(versi khas untuk budak sekolah belajar ni)

Mozilla Firefox

Bagaimana wujudnya fail ini? Kenapa index?

Bersambung…

p/s: Ilmu Bukan Untuk Dibanggakan Tetapi Untuk Diaplikasi, Dimanfaat dan Dikongsi bersama

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,   Dicoretkan dalam HTML, Pendidikan, Rujukan