Powered by Max Banner Ads 

Berakhirnya Penantian Selama 20 Tahun

Tahniah diucapkan kepada skuad Bolasepak Kebangsaan kerana berjaya merangkul pingat emas di Sukan Sea. Skuad Kebangsaan berjaya menewaskan pasukan Vietnam dengan kiraan 1-0. Rembatan dari luar kotak penalti mengelirukan penjaga gol Vietnam apabila bola terkena salah seorang pemain lawan. Penjaga Gawang Vietnam tidak berjaya menangkap bola tersebut lalu menerjah jaring.

Kemenangan tipis 1-0 ini memberikan makna yang amat bernilai buat seluruh warga kita Malaysia khususnya para peminat Bolasepak. Ini adalah kerana selepas tahun 1989 kilauan emas dalam arena bolasepak di sukan sea buat Skuad Negara kita tidak pernah menjadi kenyataan sehinggalah berakhirnya Penantian Selama 20 Tahun pada awal malam tadi. Semoga kemenangan ini akan menjadi titik tolak untuk lebih mara di masa akan datang.

p/s: Nak komen lebih-lebih tak pandai. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada skuad negara. “bila agaknya boleh lihat negara kita mara untuk kesebelasan utama Piala Dunia”. Saya percaya selepas ini lebih ramai yang akan turun ke padang dan tidak kurang juga yang membeli jersey Malaysia :-)   terutamanya yang berwarna biru.

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)

Tags: , ,   Dicoretkan dalam Sukan

Memalukan atau membanggakan, Pujian atau Makian

Insiden Piala MalaysiaPagi ini saya keluar sarapan dengan makan roti canai, selepas itu singgah di kedai majalah untuk membeli akhbar hari ni. Tajuk yang menarik minat saya tentang insiden yang berlaku semasa Piala Malaysia yang terkini. Rasa tak tahu nak letak muka di mana bila lihat gelagat penyokong Kelantan yang sanggup membakar dan merosakkan peralatan yang ada di Staduim Nasional. Sebut saja penyokong Kelantan memang ramai orang tahu peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku. Trak Polis sendiri pun diorang berani bakar sebelum ni. Bukan berniat untuk menaikkan kemarahan sesiapa tetapi untuk sama-sama renung adakah semua ini boleh dibanggakan? Adakah boleh merasa gah dengan keberanian dan kehebatan yang ada sehingga porak-peranda, haru-biru jadinya.

Sila Klik Sini Untuk Baca Entri Seterusnya »

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,   Dicoretkan dalam Renungan, Sukan