Budak Praktikal Kali Kedua
Entri ni adalah sambungan daripada Cabaran Sebagai Budak Praktikal. Semasa menjalani praktikal sememangnya kita tidak boleh lari daripada bertentang mata dan bersua muka dengan staf-staf yang lain. Samada super senior, senior mahupun junior kita mesti menegur mereka..cuba buangkan sikap meninggi diri
eh! ada ke
Kena rendah diri lah. “Bukan kena bayar pun kalau angkat tangan”..Haa yang ni biasanya bila berdepan dengan “pak guard” dan “mak guard” ( Pegawai Keselamatan). Senyum mesti selalu walaupun tugasan berlonggok atau boring sebab tak tahu nak buat apa. Kali kedua aku menjalani Latihan Mengajar di salah sebuah Politeknik di Utara Semenanjung. Pada masa ni aku hanya menumpang rakan-rakan. Nasib baik kawan-kawan yang praktikal bersamaku satu kepala, boleh bekerjasama dan baik hati. Kami menyewa sebuah rumah yang bersebelahan dengan pekerja warga Indon. Bapa kawanku(bapa angkatku) memberi komitmen dalam mencari rumah sewa. Alhamdulillah tidak jauh daripada tempat di mana kami berlima menjalani Latihan Mengajar.
Sila Klik Sini Untuk Baca Entri Seterusnya »
Tags: Budak Praktikal Kali Kedua, latihan mengajar, praktikal Dicoretkan dalam
Home













