Scalp Crude Oil

Posted on 30th December 2018 by Mohd Khairudin in Pengenalan - Tags: , , , ,

Bismillah…

Lama tak update..

Harga Minyak mentah dunia (Crude Oil based on WTI from meta 4 Insta broker) monthly timeframe.. candlesticks menunjukkan penurunan daripada lebih kurang Usd 77 setong turun kepada sekitar Usd 65 setong pada bulan 10/2018. Pada bulan 11/2018 juga turun daripada Usd 65 ke Usd 49 setong dan bulan 12/2018 turun lagi ke sekitar Usd 43 setong. Kemudian dagangan ditutup pada sekitar Usd 45 setong.

Baik.. tajuk Scalp Crude Oil, secara analisis teknikal pada candlesticks tf h4 menunjukkan pattern yang classic iaitu Inverse Head and Shoulders.. mungkin akan berlaku atau sebaliknya. Jadi di sini ada peluang untuk membuat scalping buy.. InshaAllah.

Begitulah sepatutnya bentuk candlesticks chart..metatrader 4 untuk iPhone.. cuma ada sebahagian trader yang tidak pasti di mana untuk entri dan possible target profit. Apa-apa pun tiada siapa yang boleh menjangka dengan tepat 100%. Gunakan kemahiran dan pengalaman yang ada.. lihat TrendLine.. kecuali keadaan sideways.. Trade on your own risk.

*possible buy at 44.36 and tp at 47.8

*SL below 42.52.

*We only give the suggestion. Trade on your own risk.

Please follow and like us:
  

Harga Bahan Api Di Malaysia

Posted on 17th December 2017 by Mohd Khairudin in Maklumat,Rujukan,Umum - Tags: , , , , ,

Salam hormat saya ucapkan kepada semua pelawat dan pembaca blog. Hari ini saya ingin berkongsi tentang harga bahan api di Malaysia. Harga bahan api iaitu minyak petrol(Ron95 dan Ron97) dan diesel seperti mana yang kita sedia maklum bahawa kiraannya berdasarkan naik atau turunnya harga minyak mentah dunia. Berikut merupakan “Candlesticks Chart” mingguan untuk harga minyak mentah dunia (Crude Oil):

Berdasarkan “Candlesticks Chart” di atas(terdapat sedikit perbezaan nilai mungkin berlaku kerana perbezaan harga jual beli jika dirujuk dengan Chart yang disediakan oleh broker yang berlainan)Pada minggu lepas(11-15/12/2017), dagangan minyak mentah dibuka pada harga US Dollar 57.17 setong($57.17/barrel),kemudian meningkat naik sehingga $58.55 setong pada hari Selasa(12/12/2017). Selepas itu dagangan menurun sehingga $56.09 setong pada hari Khamis(14/12/2017). Walaupun begitu, harga minyak mentah kembali menokok sehingga $57.47 dan ditutup dagangan minggu lepas pada harga $57.36 setong. Secara keseluruhannya kita dapat lihat sedikit kenaikan daripada harga dagangan dibuka pada Candlesticks. Jom kita sama-sama lihat rentetan harga bahan api di Malaysia.. Ops! Sebelum tu mari kita lihat harga minyak Petrol dan Diesel di Malaysia pada minggu lepas (selepas pengumuman hari Rabu;06/12/2017):-

Harga Minyak Petrol Ron95 : RM2.25/Liter (turun empat sen)

Harga Minyak Petrol Ron97 : RM2.52/Liter (turun lima sen)

Harga Minyak Diesel : RM2.20/Liter (turun satu sen)

Baiklah jom kita lihat rentetan harga bahan api di Malaysia selepas kiraan berdasarkan harga minyak mentah dunia bermula setiap bulan(Jan-Mac 2017) dan setiap Minggu(bermula Mac2017):

Mac 2017:

Harga Minyak Petrol Ron95 : RM2.30/Liter (tiada perubahan)

Harga Minyak Petrol Ron97 : RM2.60/Liter (tiada perubahan)

Harga Minyak Diesel : RM2.20/Liter (naik lima sen)

Februari 2017:

Harga Minyak Petrol Ron95 : RM2.30/Liter (naik dua puluh sen)

Harga Minyak Petrol Ron97 : RM2.60/Liter (naik dua puluh sen)

Harga Minyak Diesel : RM2.15/Liter (naik sepuluh sen)

Januari 2017:

Harga Minyak Petrol Ron95 : RM2.10/Liter

Harga Minyak Petrol Ron97 : RM2.40/Liter

Harga Minyak Diesel : RM2.05/Liter

Please follow and like us:
  

Analisis Harga Minyak Mentah

Posted on 16th August 2016 by Mohd Khairudin in Maklumat,Rujukan - Tags: ,

Selepas membuat sedikit analisis, saya sudah jangka akan berlaku kenaikan pada harga minyak mentah..

Harga sekarang sudah lebih daripada usd42 setong. Dijangkakan ia akan melonjak menghampiri atau sehingga usd60 setong..

Hanya jangkaan, so berjimat cermat lah sebab bila harga minyak dunia naik.. Harga bahan bakar mungkin akan naik lagi.. Bila harga bahan bakar (petrol) naik faham faham saja.. Harga barang-barang lain akan naik.. Kadang-kadang tak masuk dek akal..

Please follow and like us:
  

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator

 2006-2019 | www.mohdkhairudin.com | Part Time Trader Since 2006
3 visitors online now
1 guests, 2 bots, 0 members
Max visitors today: 15 at 12:23 am UTC
This month: 29 at 02-11-2019 12:30 am UTC
This year: 44 at 01-07-2019 12:07 am UTC
All time: 133 at 02-01-2017 04:09 am UTC