Hati-hati Bila Basuh Enjin Kereta

Posted on 28th February 2010 by Mohd Khairudin   Online   (4)

Malam ni saja nak berkongsi dengan rakan-rakan dan pelawat tentang cuci kereta. Aku ni jenis yang malas sikit bab cuci kereta. Nak tak nak kena cuci juga. Kalau tak cuci sendiri, upah orang yang cuci. Tapi yang tak best nya bila suruh orang cuci ni kereta plak jadi mangsa. Kalau tercalar atau rosak sebab kita sendiri boleh la diterima tapi kesan tak puas hati bila orang lain penyebabnya susah sikit. Sekali basuh kereta luar dalam dah RM10.00. Tambah basuh enjin tambah lagi RM4.00 ringgit. Ntah kain macam mana dah berapa lama tak tukar ntah sampai tercalar balar Tinted dibuatnya. Silap aku jugak tak nak basuh sendiri. Ntahla mana nak kaut masa nak basuh kereta ni.

Pada suatu hari nak dijadikan cerita yang benar-benar terjadi kepadaku, aku bawalah kereta Toyota yang aku duk pakai ke kedai cuci kereta. Ntah macam mana terlintas pulak dalam kepala ni pasal enjin yang dah lama tak berbasuh. Sebelum ni pernah aku basuh kereta kia picanto di sini dengan basuh enjin sekali, tip top masa tu..Bersih!. Berbalik kepada Toyota jenis SEG plak. “Basuh enjin sekali ya bang”. Dia basuh style professional la, relax je aku duk lepak tunggu kereta habis basuh. Selepas sejam lebih hampir dua jam maka selesai lah proses pembersihan kereta luar, dalam dan bahagian enjinnya. Selepas selesai membayar, lalu aku pun bawalah kereta tersebut meluncur di atas jalan raya. Sampai di kawasan rumah aku pun parking la. Pada esok paginya ce’ ye’ ye’..ce’ ye’ ye’ ye’… ce’ ye’.. ce’ ye’. Hmm.. Pasang dah! Pada mulanya ingatkan bateri, check tengok okay! Check Alternator..Lampu bateri tak nyala(bercahaya).. Ok!

(read more…)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails        Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Maklumat,Pendidikan,Renungan,Rujukan
Senarai keywords: , ,
Share/Bookmark