Berakhirnya Penantian Selama 20 Tahun

Posted on 17th December 2009 by Mohd Khairudin   Online   (2)

Tahniah diucapkan kepada skuad Bolasepak Kebangsaan kerana berjaya merangkul pingat emas di Sukan Sea. Skuad Kebangsaan berjaya menewaskan pasukan Vietnam dengan kiraan 1-0. Rembatan dari luar kotak penalti mengelirukan penjaga gol Vietnam apabila bola terkena salah seorang pemain lawan. Penjaga Gawang Vietnam tidak berjaya menangkap bola tersebut lalu menerjah jaring.

Kemenangan tipis 1-0 ini memberikan makna yang amat bernilai buat seluruh warga kita Malaysia khususnya para peminat Bolasepak. Ini adalah kerana selepas tahun 1989 kilauan emas dalam arena bolasepak di sukan sea buat Skuad Negara kita tidak pernah menjadi kenyataan sehinggalah berakhirnya Penantian Selama 20 Tahun pada awal malam tadi. Semoga kemenangan ini akan menjadi titik tolak untuk lebih mara di masa akan datang.

p/s: Nak komen lebih-lebih tak pandai. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada skuad negara. “bila agaknya boleh lihat negara kita mara untuk kesebelasan utama Piala Dunia”. Saya percaya selepas ini lebih ramai yang akan turun ke padang dan tidak kurang juga yang membeli jersey Malaysia :-)   terutamanya yang berwarna biru.

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails        Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Sukan
Senarai keywords: , ,
Share/Bookmark