Selamat Tahun Baru

Posted on 2nd January 2010 by Mohd Khairudin   Online   (2)

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru. Pejam celik-pejam celik kita dah meninggalkan tahun 2009 dan kini kita akan mulakan azam baru untuk Tahun 2010. Semoga pada hari ini akan lebih baik daripada semalam. Memandangkan sekarang saya tengah menjalani praktikal di sebuah kilang, maka bertambah lah rasa segan…(kata orang utara :-) )  untuk update blog. Walaubagaimanapun sempena awal tahun baru ni saya ingin menjemput kawan-kawan dan para pelawat yang memiliki laman dan blog sendiri untuk meletakkan laman dalam directory yang saya sediakan. Pada mulanya saya ingin mengenakan sedikit bayaran untuk sapa-sapa yang ingin meletakkan laman atau blog. Tapi memandangkan PR blog saya pun cipuut je, saya bagi free je lah buat masa ni. Pada masa akan datang kalau saya charge pun hanya untuk menampung kos bayar sewa tapak dengan domain je. Kalau ada rezeki baru fikir tentang duit kopi .

Lagipun kawan-kawan.. Bukan saya kisah sangat, lain lah kalau sumber pendapatan utama saya semua ni. Hanya Hobi yang mungkin boleh dikomersialkan pada suatu masa nanti. Selepas pencen la kot hehe.. Apa-apa pun kerja-kerja seperti membangun laman web dan menulis blog sebenarnya mempunyai masa depan terutamanya untuk jangka masa panjang. Kena betul caranya la. Banyak-banyak sabar. Sekarang ni banyak kompeni dan individu yang membuat iklan secara online. Walaupun begitu terpulang kepada kemampuan masing-masing. Mungkin terpaksa bekerja keras sedikit bagi yang bermula dari sifar. Bagi yang sudah mempunyai asas mungkin tiada masalah sangat.

(read more…)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails        Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Maklumat,Menjana Wang,Renungan,Rujukan
Senarai keywords: , , , , , , , ,
Share/Bookmark