Peperiksaan Akhir
Setiap orang akan menduduki ujian atau peperiksaan. Tidak kira secara formal atau tidak formal. Jika kita bercakap tentang akademik. Alik-alik bertemu lagi dengan peperiksaan akhir sehingga lah kita berhenti atau tamat belajar dan masuk ke alam pekerjaan, itupun kalau tak nak sambung belajar. Jika kita tanya diri kita. Kalau diikutkan ini kali yang ke berapa ya menduduki peperiksaan? Masing-masing mempunyai jawapan sendiri. Usaha, nasib, rezeki masing-masing. Cuma kadang-kadang bergantung kepada kita samada pandai atau tidak untuk menghargai peluang yang ada. Peluang kadang-kadang tidak datang selalu atau berulang kali. Contohnya; Boleh ke kita masuk darjah satu balik? Huh! Dah baligh pun
. Itu lah dulu cakap mak ayah tak nak dengar..hee . Walaubagaimanapun ada yang susah sampai tak boleh pergi belajar secara formal. kesian..nasib dia.
Berbalik kepada soalan tadi. Saya sejak dari sekolah rendah sehingga ke Universiti. Darjah 1 sampai darjah 6, ada 6 final exam. Tingkat 1 hingga 5 ada 5 final exam. Seterusnya Kolej Universiti ada 6 final exam baru diploma..huhu. Kini lepas sudah 2 yang nak lepas harap-harap tidak tertiarap ada 3 lagi kot termasuk bulan ni. Fuh! “Calculate2″ ada berapa sebelum ada 6+5+6+5 = 22 final exam sebelum dapat “degree”. Ini kata orang tua(orang kampung) belum habis belajar lagi tapi mengaji tinggi. Ia lah sebab bertingkat-tingkat bangunan tempat kita belajar. Satu lagi kalau istilah “habis belajar” untuk yang standard sekarang ni dapat penilaian hasad dengki(phd)..saja melawak..Doktor Falsafah. Itu pun bagi yang berjaya melepaskan diri dari Degree ke Master. Aii..Larat ke tu, yang duk ada sekarang pun risau. Inikan pula Ijazah Kedua dan phd..Tengok lah kalau ada rezeki. Senang cerita kalau penyakit “M” berjaya diatasi
.
Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris?
Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!Senarai keywords: final exam, peperiksaan akhir, score A













