Budak Praktikal Kali Kedua

Posted on 6th March 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Entri ni adalah sambungan daripada Cabaran Sebagai Budak Praktikal. Semasa menjalani praktikal sememangnya kita tidak boleh lari daripada bertentang mata dan bersua muka dengan staf-staf yang lain. Samada super senior, senior mahupun junior kita mesti menegur mereka..cuba buangkan sikap meninggi diri :?:   eh! ada ke :!:   Kena rendah diri lah. “Bukan kena bayar pun kalau angkat tangan”..Haa yang ni biasanya bila berdepan dengan “pak guard” dan “mak guard” ( Pegawai Keselamatan). Senyum mesti selalu walaupun tugasan berlonggok atau boring sebab tak tahu nak buat apa. Kali kedua aku menjalani Latihan Mengajar di salah sebuah Politeknik di Utara Semenanjung. Pada masa ni aku hanya menumpang rakan-rakan. Nasib baik kawan-kawan yang praktikal bersamaku satu kepala, boleh bekerjasama dan baik hati. Kami menyewa sebuah rumah yang bersebelahan dengan pekerja warga Indon. Bapa kawanku(bapa angkatku) memberi komitmen dalam mencari rumah sewa. Alhamdulillah tidak jauh daripada tempat di mana kami berlima menjalani Latihan Mengajar.

(read more…)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Maklumat,Pendidikan,Renungan,Rujukan
Senarai keywords: , ,
Share/Bookmark

Cabaran Sebagai Budak Praktikal

Posted on 3rd March 2010 by Mohd Khairudin   Online   (1)

Selepas bangkit dari tidur, bergegas ke bilik air, solat … Dalam pada masa tu sekiranya terdengar tangisan anak yang kebasahan maka ter”delay” persiapan aku ke tempat kerja. Jika dikenang kembali masa aku praktikal pertama kali di Sek. Men. Teknik .. Aku pergi bersama kawanku dengan meminjam motor ayah. Pada ketika itu kami diberi kebenaran menghuni asrama yang sudah lama dan ramai pihak mendakwa kononnya asrama tersebut berhantu. Walaupun aku ni bukan jenis pemburu hantu tapi terpaksa memberanikan diri untuk mendiami asrama tersebut :shock: .

By hook or by crook aku kena lalui juga untuk complete kan “Latihan Mangajar” selama 3 purnama itu. Cabaran mencapai di tahap optimum tatkala hadirnya pensyarah penilai. Pada masa itu tak keruan dibuatnya akibat perasaan risau yang membuak-buak. Aku tidak akan lupa kenangan yang terpahat dalam diriku seperti dimarahi oleh guru disiplin(warden sekolah) kerana keluar merayap pada waktu malam. Selepas disergah kami memaklumkan yang kami adalah guru pelatih. Biasa la orang bujang keluar cari makan(pada masa tu kami pergi beli nasi lemak).

Selain itu kami meronda untuk memerhati pelajar membuat “prep”(istilah yang diguna untuk persediaan, study, buat kerja rumah…di sek tersebut). Pelbagai ragam pelajar kami temui..ada yang duk gunting rambut, ada yang tak pakai baju dll.). Jika pihak sekolah mengadakan sesuatu event pastinya kami perlu bersedia untuk itu seperti Kem Motivasi Pelajar. Kami memikul tanggungjawab mengiringi dan menjaga keselamatan para pelajar. Begitu lah sedikit sebanyak tentang pertama kali mengharungi cabaran sebagai budak praktikal.

Bersambung ke episod Budak Praktikal Kali Kedua…

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails        Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Maklumat,Pendidikan,Pengenalan,Renungan,Rujukan
Senarai keywords: , , , , ,
Share/Bookmark