Ramadhan Al-Mubarak

Posted on 29th May 2017 by Mohd Khairudin in Rujukan - Tags:

saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Selamat beramal ibadah, tingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Semoga Amal ibadah kita diterima Allah SWT.

  

Menjelang Ramadhan

Posted on 28th July 2012 by Mohd Khairudin in Renungan - Tags:

Selamat Menyambut Ramadhan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah swt. Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan Rahmat Allah swt, iaitu Bulan lebih seribu bulan. Marilah kita sama-sama mengerjakan sebanyak mungkin amal ibadah, melaksanakan “amar ma’ruf nahi mungkar”. Semoga kita dapat memperbaiki Iman dan Takwa kepada Allah swt. Di bulan yang penuh rahmat ini, marilah kita sama-sama “mengecas” Aqidah kita untuk mengharungi bulan-bulan yang akan datang, supaya diri terhindar daripada perkara-perkara yang boleh menjerumus ke arah kesesatan. Semoga kita memiliki Iman yang teguh untuk menempun bulan-bulan yang lain sehingga menemui Ramadhan yang seterusnya InsyaAllah.

  

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Posted on 13th August 2010 by Mohd Khairudin in Renungan - Tags: , ,

Hari ini telah masuk hari ketiga kita melaksanakan Ibadah Puasa.  Semoga kewajipan yang kita laksanakan ini dapat meningkatkan lagi tahap keimanan kita kepada Yang Maha Pencipta.  Rahmat dan keredhaan dari Ilahi senantiasa ditagih oleh insan yang kerdil di dunia yang fana ini.  Semoga kita sentiasa tidak lalai dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh pancaroba.

Sentiasa berdoa dan memohon kemaafan di atas segala kesalahan yang lepas.  Berazam untuk sentiasa menjadi seorang manusia yang baik dalam segenap segi yang mana menepati landasan Islam dan mengharap agar dijauhkan daripada segala bala bencana.  Semoga Ramadhan kali ini dapat kita sama-sama manfaatkan kelebihan yang disediakan olehNya.  Ku tahu diriku banyak membuat dosa semoga Ramadhan kali ini lebih manfaatnya untukku berbanding sebelumnya dan ku harap aku akan bertemu semula dengan Ramadhan yang seterusnya.  Selamat Berpuasa, Selamat mengerjakan Solat Terawih dan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk seluruh Muslimin dan Muslimat.  Dalam kita mengerjakan ibadat di bulan Ramadhan ini, sama-samalah kita beramal dalam mengharapkan untuk bertemu dengan “Malam Seribu Bulan”.

psstt!..Ingat Puasa dulu..Sempurnakan Ibadah di bulan Ramadhan dulu baru ingat Raya 🙂

  

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator