mega_bonusSebenarnya tak banyak idea ni nak tulis pada blog kali ni, tapi bila terfikir tentang bonus yang saya terima dua tiga hari ni rasanya tak salah untuk saya kongsi sedikit di sini. Tak sia-sia pakai kad debit Public Bank ni, tak sangka pula dapat bonus mega ni. Mungkin ada lagi yang menawarkan bonus yang lebih besar dan mungkin bergantung kepada kekerapan penggunaan kad. Walaubagaimana sekali pun syukur Alhamdulillah, boleh la buat isi minyak masa pergi ziarah isteri dan anak-anak di kampung. Ai bila berjauhan daripada isteri dan anak-anak ni segala benda rasa tak kena je ni.. study pun kelam kabut, ntah lulus tidak ntah. Adoi kacau dibuatnya. Berbalik dengan Mega Bonus tadi, kira ok la tu RM42.28. Sapa nak bagi, maybe masa Raya je kot orang bagi, tu pun masa kecik-kecik dulu..Tak pun masa dapat masuk “U”. Yu laut eh! Universiti la. Huh kalau sekarang ni berpeluh dulu la nak dapat fulus, lebih-lebih lagi keadaan ekonomi yang orang kata tak menentu. Tapi orang-orang yang memang otai busines tu, letak kat bukit,gunung mana pun boleh je dia otai cari duit tak kira le gawat ke tak. Kemahiran ada, nasib pun ada juga la kot..tapi usaha deme la yang membuatkan deme berjaya tu. Ada yang cakap tak buat apa pun, tak sentuh pun, orang malas macam saya… banyak lagi kat laman jual produk dan “service”. Fuh! Menderuuuuuuuuu.. Rasa nak beli je produk diorang..Rasa nak hire je perkhidmatan diorang. Betulke macam tu ?..Tapi yang jelasnya terdapat unsur tokok tambah 🙂 untuk mengelirukan para pembaca/prospek/pelawat. Nasihat untuk penggemar membeli produk. Tanya dulu diri kita agak-agaknya boleh ke aku buat macam dia? Saja je bagitau keputusan masing-masing. Eh tak ada idea pun boleh tahan juga penulisan blog hari ni. Kira ok la setakat ni..jumpa di lain kali..

p/s: Berhati-hati dan berjaga-jaga dengan penularan wabak Selesema khinzir kerana ia boleh berjangkit menerusi haiwan dengan haiwan, haiwan dengan manusia dan manusia dengan manusia (sumber daripada news yang saya dengar baru-baru ini)

9 visitors online now
1 guests, 8 bots, 0 members
Max visitors today: 17 at 05:08 am UTC
This month: 24 at 09-04-2020 10:47 am UTC
This year: 83 at 03-12-2020 10:38 pm UTC
All time: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC