Rasanya lama benar tidak menulis, klik-klik dalam komputer ni jumpa gambar yang lepas tentang bagaimana nak “terminate” atau dengan kata lain “sudah tidak mahu menggunakan” kad kredit. Kita sememangnya sibuk dengan kerja-kerja seharian jadi boleh lah kita membuat dengan cara menulis surat dan memotong kad kredit serta ambil gambar/scan kemudian hantar ke bank atau syarikat berkenaan. Saya terima maklumat ini daripada seorang rakan. Sememangnya telah ramai muda-mudi yang telah bankrup akibat terlampau ghairah menggunakan kad kredit. Mengikut kajian yang telah dijalankan berdasarkan surat khabar yang saya baca tapi saya sendiri dah lupa. Yang saya ingat memang ramai dikalangan masyarakat yang suka berbelanja, suka menggores menggunakan kad semasa berbelanja. Ada yang suka berlagak dan ada yang tidak menggunakan duit tunai atau tidak gemar memegang wang tunai.. ehm nama lagi kad kredit 🙂 . Baiklah jika maklumat di sini berguna untuk membuat pembatalan kad kredit tersebut so boleh refer lah. Of course mesti settle kan dulu semua hutang piutang tu. Ini khas untuk yang sibuk tahap gaban hanya suka transfer-transfer duit guna maybank2u, cimbbank, publicbank, ambank dll. Jadi contoh suratnya di bawah 🙂 .

terminatecard

Maksud Hadith yang diriwayatkan oleh At-Tabrani sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara dikuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan(oleh saudara-maranya).

Eeii risau le, hutang bila la nak settle. Semoga kita semua dapat melunaskan segala hutang piutang kita

p/s: semua dalam gambar tu contoh sahaja, jangan dedahkan nombor kad kredit kepada sesiapa pun. Jika membeli-belah menggunakan kad kredit pastikan laman yang menerima kad kredit selamat seperti PayPal

11 visitors online now
1 guests, 10 bots, 0 members
Max visitors today: 16 at 03:02 am UTC
This month: 24 at 09-04-2020 10:47 am UTC
This year: 83 at 03-12-2020 10:38 pm UTC
All time: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC