Akhir-ahir ni kereta asyik buat hal saja. Bawa kereta on aircond full pun masih tak sejuk. Periksa punya periksa ingatkan gas aircond sudah habis, jadi pergi lah tambah gas aircond. Selang beberapa hari lepastu benda yang sama berulang lagi. Aku mulai pening memikirkan masalah ni. Nak tak nak aku bukannya pomen atau pemilik kedai services aircond. So pergi lah sekali lagi tapi kali ni letak kereta di kedai services aircond selepas berjaya kenal pasti punca masalah. Kali ni lain sebab pemilik kedai memang memberi komitmen yang memuaskan. Ya lah air cond je pun(tapi basah juga lah baju dibuatnya). Hantar pagi sabtu kemudian ambil petang ahad. Kawasan paip penghawa dingin yang bocor dipotong dan dikimpal. Semasa pergi ambil pada petang ahad nampak macam dah ok lagipun sudah satu hari berada di kedai penghawa dingin tersebut.

>>>>

Selepas beberapa hari, pada hujung minggu perancangan untuk balik ke Ipoh telah dipersetujui oleh kami sekeluarga. Namun “ku sangka kan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari”. Penghawa dingin kereta hanya mengeluarkan angin dan tidak sejuk langsung. Memandangkan petang Jumaat bercadang untuk balik ke Ipoh maka kami pergi ke kedai tersebut sekali lagi untuk mengisi gas air cond.

Peringatan: Sila elakkan daripada menggunakan gas aircond jenis CFC-12 kerana ia tidak mesra OZON. Cuba tukar kepada HFC-134a

Setibanya di kedai terbabit dalam keadaan ribut dan hujan yang lebat, kedai pula tutup 🙁 , maka bertolak la ke Ipoh dalam keadaan kereta tanpa aircond. Hanya menggunakan angin daripada kipas sahaja tidak dapat memberikan keselesaan kepada kami sekeluarga terutamanya Asyraaf dan Khairil. Sesekali abah terpaksa membuka tingkap untuk me recycle angin dalam kereta dan mama pula terpaksa mengipas dua putera ku agar mereka boleh melelapkan mata sementara menunggu masa untuk tiba di Ipoh. Perjalanan mengambil masa dalam 4 Jam, Fuh! Panas woo..

Apa nak buat, balik baiki kat Ipoh juga lah, Ipoh Mali tara tipu punya! Yang aku herannya bila sampai je ke kedai services di Ipoh tak sampai 5 minit dia buka bonet dan amik lampu kemudian katanya paip tu lembap, bocor. So kena tukar yang baru. Terbang lagi RM125, tawar..tawar dapat kurang RM10. Tunggu dekat setengah jam Alhamdulillah sejuk. Begitu lah serba sedikit perkongsian cerita tentang hal ehwal semasa kereta yang kami duk naik. Mungkin perkara-perkara sebegini pernah berlaku kepada kengkawan atau bakal dihadapi oleh kita pada masa akan datang khususnya bila pakai kereta.  Biasa la ada cabaran baru ada kemajuan hehe..

9 visitors online now
0 guests, 9 bots, 0 members
Max visitors today: 16 at 03:02 am UTC
This month: 24 at 09-04-2020 10:47 am UTC
This year: 83 at 03-12-2020 10:38 pm UTC
All time: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC