Salam Sejahtera kepada semua.  Agak lama rasanya saya tidak update blog posting.  Semalam kira shock juga lah bila tengok blog yang sebelum ni 0 page rank telah berubah menjadi 2 Page Rank.  Terima kasih kepada pihak yang terlibat.  Page Rank penting bagi semua pemilik laman web kecuali mereka yang tidak sukakan traffic.  Ada ke? Trafik Jam ada le :-).  Walaubagaimanapun Ranking Alexa untuk blog saya ni tidak lah tinggi sangat..emm..erk! Maybe sebab saya tak buat posting setiap hari.  Apa-apa pun yang nyata dalam dunia internet ni kita banyak bermain dengan “keywords”.  So pandai-pandai je lah.

Ok lah itu bukannya “shock” sangat, banyak lagi benda shock yang lain, apa yang betul-betul shock dalam hidup saya dua tiga minggu lepas ..Kenapa anak kedua saya(gambar atas) sudah tiga minggu demam..selesema..batuk. Asal malam je panas badan..demam sampai temperature meningkat secara mendadak. Ada sekali sampai cecah 40.4 degree celcius(ini tahap risau tak boleh nak bayang dah) walaupun telah dimasukkan ubat.  Kira kena bergantung dengan ubat je 2,3 minggu ni. Mungkin sebab pertukaran musim atau cuaca.  Nak kata tak bagi ubat..dah bawa pergi jumpa Dr. dah bagi ubat demam, selesema, batuk.  Lagipun yang seorang ni kalau bab makan ubat senang je nak pujuk berbanding abang dia.  Ku hanya mampu berserah selepas membaca Yasin dan buat air penawar..

Kata orang duit boleh dicari…so, semalam terus bawa rujuk kepada Dr. Pakar Kanak-kanak selepas Dr. daripada klinik memberi tempoh hanya 48 jam untuk lihat keadaan dia(aktif ke tak).  Tak kan nak tunggu sampai 48 jam kalau dah dia asyik tidur je..so forward kepada Pakar sebab dikhuatiri jangkitan kuman pada paru-paru.  Selepas membuat “Diagnostic Imaging”(x-ray) pada bahagian dada memang terdapat sedikit simpton yang menyebabkan gelema iaitu pada paru-paru sebelah kanan. (x-ray ini memang khas untuk kanak-kanak..hmm teknologi sekarang lah katakan).

Nasib baik Dr. Kata ia belum lagi pada tahap kritikal, so tak perlu masuk wad.  Alhamdulillah lega sikit.  Selepas selesai bayar semua bil RM14x.xx kemudian kami pulang ke rumah tapi mesti pergi buat nebulizer..(ntah betul ke tak sebut ni) di klinik yang berdekatan.  Jadi begitu lah lebih kurang cerita semalam.

p/s: Ini hanya sekadar perkongsian biasa namun ia mungkin berguna bagi rakan-rakan yang mengalami nasib yang sama.

9 visitors online now
3 guests, 6 bots, 0 members
Max visitors today: 14 at 06:37 am UTC
This month: 36 at 05-17-2020 06:02 am UTC
This year: 83 at 03-12-2020 10:38 pm UTC
All time: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC