Cepat sungguh masa berlalu, rasanya baru beberapa ketika kita menyambut Hari Guru,  Selamat Menyambut Hari Guru diucapkan kepada semua guru yang sentiasa berusaha mengemblengkan tenaga dalam meningkatkan mutu pendidikan, menabur bakti, mengerah keringat, meneriak dalam kelas dll seluruh dunia. Berkongsi dan berdiskusi dengan murid-murid, menyampaikan dan melaksanakan tanggungjawab samada secara formal atau tidak formal dalam perkongsian Ilmu Pengetahuan, memudahcarakan elemen-elemen yang terkandung dalam segenap silibus mata pelajaran dengan para pelajar.  Terima kasih kepada guru-guru yang marah kepada murid-muridnya yang masih baru dalam pendidikan.  Tahniah kepada guru-guru yang berjaya mengisi masa kelas bersama pelajar-pelajar  mengikut jadual perancangan yang rapi.. Kepelbagaian teknik Pengajaran dan Pembelajaran.. Kreatif dan Inovatif dalam memandu arah modal insan mencapai tujuan masing-masing. Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar saya.

Bersama-sama kita merealisasikan tugas guru seiring dengan Tema Hari Guru Tahun 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

11 visitors online now
4 guests, 7 bots, 0 members
Max visitors today: 22 at 01:14 pm UTC
This month: 24 at 09-04-2020 10:47 am UTC
This year: 83 at 03-12-2020 10:38 pm UTC
All time: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC